Friday, 13 June 2014

PEMBELAAN TERHADAP ILMU KALAM


                                                ABSTRAK


  Ilmu Kalam dalam bahasa arab ‘Ilm al-kalam yang bermaksud ilmu yang membicarakan, membahas masalah ketuhanan atau ketauhidan(mengesakan Tuhan)dengan menggunakan dalil-dalil fikiran dan disertai alasan-alasan yang rasional. Menurut pandangan al-Farabi tentang ilmu kalam ialah disiplin ilmu yang membahaskan zat dan sifat Allah serta penjelasan semua yang mungkin mulai yang berkenaan dengan masalah dunia sampai masalah sesudah mati yang berlandasankan syariat Islam. Ilmu kalam juga  bermaksud  atau sering disebut ilmu tauhid adalah salah satu dari disiplin ilmu Islam yang membahas dalil untuk mempertahankan keyakinan Islam fundamental dan doktrin yang diperlukan bagi seorang muslim untuk meyakininya.
Menurut Ibnu Khaldun,  ilmu kalam adalah ilmu yang memuat alasan untuk mempertahankan keimanan agama Islam menggunakan dalil aqli atau pikiran serta dalil naqli, namun juga  memuat bantahan terhadap orang yang mengingkarinya dan berbeza pendapat dengan pemahaman salaf dan ahli sunah
.






Pendahuluan
 
Adakah ilmu Kalam wujud pada zaman Rasulullah s.a.w? Mengapa belum wujud ilmu kalam pada Zaman Rasulullah S.A.W? sebenarnya ilmu kalam tidak wujud di zaman Rasulullah s.a.w kerana mereka menerima soal aqidah dengan sepenuh hati tanpa banyak persoalan dan perbahasan. Pada waktu itu, tiada perbahasan berlanjutan tentang masalah aqidah kerana setiap masalah yang timbul akan dirujuk terus kepada baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat ketika itu bersatu dalam menyelesaikan masalah berdasarkan al-quran dan al-sunnah. Oleh itu, tidak ada masalah pada zaman Rasulullah dan tidak wujud perbahasan ilmu Tauhid secara berlanjutan.



            Didapati Ash’ari merujuk kepada Quran (36:80) dan Quran (21:104) untuk membatalkan hujah para pengingkar kebangkitan semula makhluk manusia pada hari kebangkitan di akhirat. Ayat-ayat al-Quran yang dirujuk oleh al-Ash’ari itu difahami dapat menyangkal prinsip yang mengatakan dua yang bertentangan tidak bertemu atau berhimpun. Memang prinsip itu benar pada suatu masa dan situasi tertentu tetapi prinsip itu tidak boleh digunakan untuk menyangkal kepercayaan pada kebangkitan semula. Quran membatalkan prinsip dua yang bertentangan tidak bertemu dengan menyatakan api menyala di kayu yang hijau. Kayu yang hijau menunjukkan kayu itu belum kering atau masih basah kerana mengandungi air. Sepatutnya kalau mengikut hukum yang menyatakan dua yang bertentangan tidak bertemu dan berhimpun, api tidak menyala pada kayu yang masih hijau kerana kayu itu masih basah atau belum kering. Kering dan basah yang bertentangan dan kedua-duanya boleh bertemu secara berjiranan atau berdekatan. Tragedi kebakaran hutan di Amerika Syarikat dan di Australia pada tahun 2000  sebagai contoh menunjukkan api yang bersifat panas dan kering boleh bertemu dengan pokok-pokok kayu yang hidup bersifat sejuk dan basah kerana dalam daun dan batang kayu itu ada unsur air.


            Mutakallimun menyatakan bahawa setiap peristiwa ada permulaannya dan mereka sebenarnya menyangkal fahaman Dahriyyah yang menyatakan bahawa tiada satu gerak (harakah,motion) melainkan sebelumnya ada satu hari, dan Mutakallimun berkalam dengan orang yang menyatakan setiap bahagian ada separuhnya sehingga infinit. Sesungguhnya Mutakallimun dapati bahawa prinsip yang menolak fahaman Dahriyyah ini ada dalam sunnah Rasullah s.a.w ketika baginda bersabda :” la’adwa wala tiyarah” (tiada jangkitan dan tiada alamat buruk), maka Arab Badwi berkata: Maka apa yang menimpa unta-unta betina seolah-olah sama dengan rusa-rusa betina yang memasuki unta berpenyakit kulit maka ia akan berpenyakit kulit. Maka Nabi s.a.w berkata: Siapakah yang menjangkitkan penyakit yang pertama? Maka Arab Badwi itu diam kerana dia difahamkan dengan hujah yang dapat diterima akal. Demikian jugalah Mutakallimun berkata kepada orang yang yang menyangka tiada gerak melainkan sebelumnya ada gerak dan sekiranya demikian, tidak satu peristiwa(kejadian) daripadanya kerana sesuatu yang tiada had atau akhiran (infinit) tiada peristiwa (kejadian) baginya (mala nihayat lah la hadath lah) (al-Ash’ari 1344H., 91-92).


            Dalam menolak fahaman Dahriyyah yang berfahaman alam qadim, Mutakallimun merujuk kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang menyatakan bahawa tiada jangkitan penyakit dan tiada alamat buruk, Daripada Hadis itu dijadikan prinsip bahawa Allah adalah pencipta penyakit dan penentu sama ada sesuatu itu buruk dan baik. Manusia tidak boleh berfahaman bahawa Dahriyyah yang menolak kewujudan Allah sebagai pencipta penyakit , pencipta peristiwa atau kejadian baik atau buruk dan lainnya. Dalam kes penyakit berjangkit boleh berjangkit kerana Allah menjadikan penyakit itu boleh berjangkit melalui pembawa penyakit berkenaan. Allah menjadikan penyakit itu boleh berjangkit , bukan binatang atau manusia yang menjaadikan penyakit berjangkit itu berjangkit. Manusia atau binatang hanya boleh menjadi pembawa( carriers) penyakit berjangkit berkenaan. Mutakallimun juga menolak fahaman manusia yang menyatakan alam ini infinit , tiada had dan akhiran. Mutakallimun menggunakan prinsip gerak dan diam untuk menyangkal ala mini infinit.


            Mengenai prinsip yang digunakan oleh Mutakallimun untuk mengalahkan lawan dalam perdebatan dengan menggunakan premis yang dikemukakan oleh pihak lawan atau penentang, al- Ash’ari menyatakan prinsip itu telah diajar oleh Nabi s.a.w melalui Hadisnya mengenai seorang rabai Yahudi yang gemuk. Nabi s.a.w bertanyakan kepada rabai itu, apakah dia mendapati dalam Taurat bahawa Allah membenci rabai yang gemuk? Rabai itu marah dengan soalan itu dan menjawab bahawa Allah tidak menurunkan apa-apa kepada manusia. Maka Nabi s.a.w mengalahkan rabai itu dengan menyoalnya lagi: Apakah Taurat itu bukan sesuatu yang diturunkan oleh Allah? Apakah Musa yang menerima Taurat itu bukan seorang manusia? Rabai tersebut menjwab positif kepada soalan-soalan itu (al-Ash’ari 1344H., 93)


            Pada fahaman Ash’ari ,soalan-soalan yang kemudian dikemukakan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada rabai itu didasarkan kepada jawapan rabai itu bahawa Allah tidak menurunkan apa-apa kepada manusia. Jawapan itu menangkap rabai itu sendiri kerana dia sendiri mempunyai Taurat yang dipercayai diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. Rabai gemuk melakukan kesilapan atau kesalahan dalam menjawab soalan yang pertama daripada nabi s.a.w kerana rabai itu menjawab bahawa Allah tidak menurunkan sesuatu kepada manusia kepada soalan, apakah terdapat dalam Taurat pertanyaan yang memebenci rabai yang gemuk? Rabai itu memang seorang yang gemuk tetapi nampaknya dia tidak menyukai tau mahu mengakui yang dia gemuk. Apabila ditanya mengenai rabai yang gemuk dalam Taurat, rabai itu memberikan jawapan yang salah atau silap. Daripada kesilapan jawapan pertama rabai gemuk itu, maka Nabi Muhammad s.a.w terus mengemukakan soalan-soalan yang boleh mengalahkan rabai itu dalam perdebatan berkenaan.


            Al-Ash’ari menyatakan bahawa prinsip yang digunakan oleh Mutakallimun dalam membuat pembetulan terhadap kesilapan musuh (mulaghalatah al-khusun) terdapat dalam Quran (Surah al-Anbiya 21:98-100), terjemahnya : Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah , selain Allah, menjadi kayu api neraka Jahannam. Kamu mesti masuk ke dalamnya. Mereka menjerit di dalamnya, sedangkan mereka dalamnya tidak mendengar. Setelah Quran (21:98-100) diturunkan, maka beritanya sampai kepada Abdullah bin al-Ziba’ra; seorang ahli debat musuh yang hebat (wakana jadala khasma), dan dia bertekad untuk mengalahkan Nabi Muhammad s.a.w dalam perdebatan tentang ayat-ayat al-Quran (21:9-100). Dia pergi menghadap Rasulullah s.a.w dan berkata : Wahai Muhammad! Tidakkah kamu menyangka bahawa Isa, ‘Uzayr dan malaikat disembah? Ibnu al-Ziba’ra menharapkan fallasi (mughalatah) daripada Nabi Muhammad s.a.w supaya dia dapat memberitahu kaumnya bahawa dia mengalahkan Nabi s.a.w dalam perdebatan itu. Maka Allah menurunkan Surah al-Anbiya 21:101, terjemahannya : Sesungguhnya mereka yang telah memperoleh kebaikan daripada Kami, mereka terhindar daripada neraka. Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat Quran (21:101) itu dan mereka (Ibnu Ziba’ra dan penyokongnya) membuat bising supaya tidak jelas kekalahan dan fallasi mereka dan mereka berkata: Adakah tuhan-tuhan kami lebih baik atau dia (Isa) lebih baik? Maka Allah turunkan ayat-ayat Quran dalam Surah al-Zukhruf (43:57-58), terjemahannya : Manakala anak anak Maryam (Isa) dijadikan contoh, maka kaum kamu kuat memprotesnya. Mereka berkata: Adakah tuhan-tuhan kami lebih baik atau dia(Isa)? Mereka itu tidaklah mengumoamakannya kepada engkau melainkan untuk berjadal. Bahkan mereka itu kaum yang suka membantah. (al-Ash’ari 1344H., 93-94) . Al-Ash’ari menyaakan bahawa setiap yang disebut dalam Quran dan Sunnah menjadi prinsip dan hujah kepada Mutakallimun dalam Kalam mereka kerana apa yang berlaku ketentuannya daripada masalah-masalah akliah (al-masa’il alliyyah) pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya, maka mereka (Nabi dan para Sahabat) telah berkalam padanya (qad takallama fih) secara yang disebutkan (al-Ash’ari 1344H., 94).


            Perkataan Arab mughalatah diberi makna fallacy dalam kamus Arab-Inggeris. Perkataan Inggeris fallacy bermaksud kepercayaan yang palsu atau silap, ‘a false or mistaken belief’, dan juga bermakna kesilapan atau kesalahan pemikiran atau penghujahan, ‘false reasoning’ (Lihat, Oxford American Dictionary, 1980). Fallasi yang digunakan oleh Abdullah bin al-Ziba’ra untuk berdebat dengan Nabi Muhammad s.a.w boleh dikategorikan dalam fallasi keempat iaitu penghujahan daripada kejahilan dan fallasi kesembilan iaitu generalisasi yang tidak cermat dan gopoh, atau tergesa-gesa.


            Demikian juga Mutakallimin berhujah dengan orang yang mengatakan Allah menyerupai makhluk-makhluk (al-makhluqat) dan Allah berjisim. Mutakallimun menghujahkan bahawa jika Allah menyerupai sesuatu daripada makhlk nescaya Allah menyerupai sepenuhnya atau sebahagiannya. Jika Allah itu menyerupai makhluk sepenuhnya, maka wajiblah Allah itu makhluk sepenuhnya. Jika Allah menyerupai makhluk pada bahagian tertentu,maka bahagian tertentu itu makhluk kerana dua yang serupa itu hukumnya satu kepada apa yang diserupainya. Maka mustahil Allah itu qadim dan makhluk dan mustahil Allah itu makhluk dan qadim. Allah menyatakan tentang diriNya dalam al-Quran surah al-Syura 42:11, terjemahannya, ‘Tiada suatupun yang menyerupaiNya, dan surah al-Ikhlas 112:4, terjemahannya : Dan tidak ada satu pun yang menyerupai Nya (al-Ash’ari 1344H.,92)


            Adapun prinsip bahawa jisim adalah finit atau terhad, terbatas dan berakhiran, dan prinsip bahawa juzuk tidak dapat dam quran, Surah Yaasin 36:12, bermaksud : Tiap-tiap sesuatu Kami perhitungkan dalam kitab yang terang. Mutakallimun menyatakan mustahil menghitung suatu yang infinit, dan mustahil sesuatu yang satu (al-shay’ al-wahid) dibahagikan kerana ini mewajibkan ia menjadi dua perkara. Bukan satu perkara lagi.

Prinsip bahawa pencipta wajib melakukan kehendakNya dan pilihan-Nya, dan ternafi daripada-Nya paksaan diambil daripada al-quran , Surah al-waqiah 56 :58-59, terjemahannya : Apakah kamu lihat mani yang kamu tumpahkan (ke dalam rahim wanita)? Kamukah yang menjadikan mani itu ataupun Kamikah yang menjadikannya? Allah menyoal manusiaa sama ada manusia atau pun Allah yang menciptakan mani. Jawapan kepada persoalan itu ialah Allah kerana jika manusia itu sendiri yang menciptakan maninya nescaya dia boleh mendapatkan anak jika dia kehendaki anak daripada maninya itu. Tetapi faktanya, ada manusia yang berhajatkan anak tidak mendapat anak daripada maninya dan ada manusia yang tidak berhajatkan anak tetapi mendapatkan anak dari maninya. Ayat al-Quran (56: 58-59) menyedarkan manusia bahawa Allah yang mencipta makluk mengikut kehendak dan pilihan Allah sendiri (al-Ash’ari 1344H., 93).


Ketiga, al-Ash’ari menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui mauduk-mauduk atau persoalan –persoalan Ilmu Kalam dan baginda tidak jahil tentang persoalan- persoalan itu. Tetapi tiada peristiwa yang memerlukan Nabi s.a.w. berkata mengenai persoalan-persoalan itu sekalipun usul-usul atau prinsip-prinsipnya ada dalam al-Quran dan as Sunnah. Kalau persoalan Quran makhluk, juzuk dan tifrah wujud pada zaman hidup Nabi s.a.w nescaya baginda menjelaskan sama seperti baginda menjelaskan mengenai persoalan hudud, talak dan hukum-hukum Syariah yang lain yang dipersoalkan pada masa hayatnya. (al-Ash’ari 1344H 94-95)


Berdasarkan hujahan dan dalil di atas, al-ash’ari menolak hujahan penentang Ilmu Kalam bahawa Nabi s.a.w  dan para sahabatnya jahil tentang persoalan Ilmu Kalam. Al-Ash’ari menegaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengetahui tentang persoalan- persoalan Ilmu Kalam sekalipun baginda tidak memperkatakannya kerana usul-usul atau prinsip-prinsip kepada semua persoalan Ilmu Kalam ada dalam al-Quran dan Hadis.Al-Ash’ari juga mempersoalkan sikap Ulama Hadis dan Ulama Fikah yang kononnya semua persoalan yang mereka bincangkan mempunyai nas dalam al-Quran dan as-Sunnah. Al-Ash’ari meragui dakwaan sedemikian.



Mengenai hal ini, al-Ash’ari juga menyatakan bahawa tidak semua persoalan hukum Syariah ada nas dalam al-Quran dan Hadis. Jika semua persoalan hukum Syariah ada nas dalam al-Quran dan Hadis nescaya tidak berlaku khilaf dalam kalangan Muslimin pada zaman sebelum al-Ash’ari dan zaman hidup al-Ash’ari. Oleh kerana tidak ada nas untuk persoalan Syariah tertentu maka  hukum mengenai persoalan itu dibuat melalui analogi (qiyas) dengan persoalan Syariah yang ada nas (al-Ash’ari 1344H., 95).


 Al-Ash’ari memberikan beberapa contoh di mana Ulama Fikah dan Ulama Hadis tidak mempunyai nas daripada Nabi s.a.w untuk menyokong pendapat dan pendirian mereka dalam beberapa persoalan Ilmu Kalam.

Pertama, tidak ada Hadis yang mengatakan al-Quran itu makhluk atau tidak makhluk. Kenapa penentang Ilmu Kalam mengatakan al-Quran itu tidak makhluk? Apakah dengan mengatakan al-Quran itu bukan makhluk itu tidak bidaah sedangkan tiada nas daripada Nabi s.a.w mengenai al-Quran bukan makhluk?


Kedua, tidak ada Hadis yang menyuruh sesorang muslim bertawaqquf (berdiam diri) bila disoalkan kepadanya persoalan al-Quran itu makhluk atau tidak makhluk. Kenapa ada penentang Ilmu Kalam yang mengambil sikap bertawaqquf? Apakah tidak bidaah bertawaqquf sedangkan Nabi Muhammad tidak memberikan nas supaya bertawaqquf dalam persoalan ini?



    Diantara Ulama  yang menerima atau menyokong terhadap ilmu kalam  ialah Abu Hasan al-Ash’ari (M 324H/935M) berasal dari mazhab Muktazilah dan keluar dari kumpulan berkenaan akibat dari satu perdebatan. Hasil daripada pengamatan Ash’ari yang mendalam terhadap gejala yang berlaku dalam masyarakat. Penyelewengan yang dilakukan oleh Muktazilah dalam mengolah beberapa masalah aqidah iaitu dimana Muktazilah tidak dapat bezakan antara yang hak dan batil. Mereka menafikan hakikat yang dijelaskan oleh al-Quran dan Hadith. Malah menafikan yang telah difahami dan diterima oleh sahabat dan salaf salih seperti masalah sifat Tuhan, nama Tuhan, dan yang lain-lain lagi. Selain itu, sesuatu yang di bincangkan oleh Muktazilah tentang aqidah dianggap  baru dan tidak pernah berlaku dalam akidah Islam.  Beliau merupakan seorang tokoh ulama atau imam yang dinisbahkan al-Ash’ariyyah dan al-Asha’ariah kepadanya. Al-Ash’ari tidak dapat menerima bahawa ilmu kalam adalah satu ilmu yang di haram, bid’ah dan sesat, al-Ash’ari ada menulis sebuah buku  bertajuk Risalah Fi Istihsan Al-Khawd Fi ‘ilm Al-Kalam untuk membela ilmu kalam sebagai satu daripada ilmu-ilmu Islam. Buku ini menjawab dan menolak pandangan dn pegangan negatif ulama Fiqah dan Hadith terhadap ilmu dan ulama’ kalam. (Ibrahim Abu Bakar 2010, 92-93)


      Pendapat  al-Asy’ari ulama yang menentang penggunaan akal dalam perkara agama dan perkara usuluddin adalah ulama yang bermodalkan kejahilan dan cenderung kepada keringanan dan taklid. Mereka yang mengkritik menggunakan akal dalm perkara usuluddin dan menisbahkan sesat kepada orang itu. Mereka menyangka bahwa perbincangan Ilmu kalam tentang gerak, diam, jisim, ‘arad, warna, akwan, juzuk dan sifat-sifat Allah adalah bid’ah dan sesat.(Al-Ash’ari 1334H-87- 88)


    Dari pemerhatian  al-Ash’ari wujudnya  Hujah-hujah tentang  penentangan Ilmu Kalam  yang  serta menyatakan jawapan dengan berhujah bagi menegakkan kebenaran. Jika Ilmu Kalam ini termasuk di dalam hidayah, dan pertunjuk, nescaya Rasulullah s.a.w dan khalifahnya serta sahabat baginda memperkatakan tentang ilmu ini kerana baginda tidak mati kecuali sesudah menjelaskan dengan jelas, terang dan mencakupi apa yang  diperlukan daripada perkara-perkara agama. Ilmu ini adalah ilmu bid’ah dan kajiannya adalah sesat kerana kalaulah ia satu kebaikkan nescaya Rasulullah s.a.w dan sahabat baginda memperkatakan tentang ilmu kalam. Ada dua kemungkinan kenapa baginda dan sahabat tidak memperkatakan tentang ilmu ini iaitu kemungkinan mereka tahu atau jahil tentangnya. Seandainya mereka mengetahui tentang ilmu ini dan mendiamkan diri sama seperti mereka yang terlibat dalam ilmu ini kerana seandainya ilmu ini adalah daripada agama mereka tidak mendiamkan diri mengenainya. Malah seandainya Rasullah dan sahabat baginda tidak mengetahui mengenai Ilmu ini, kita juga tidak mengetahuinya, kerana kalau sekiranya ilmu ini adalah agama nescaya mereka tidak jahil mengenainya. Ash’ari menjawab berhubung dengan hujah penentangan ilmu kalam. Antara persoalan yang di balikkan oleh beliau “apakah baginda menyatakan bahawa yang membahaskan tentang ilmu ini dan memperkatakan menjadi bid’ah atau sesat?”. Selain itu beliau menganggap penentang sesat kerana memperkatakan sesuatu yang tidak diperkatakan oleh baginda dan menghukum sesat bagi orang yang tidak dihukum sesat oleh baginda. Ash’ari turut menegaskan bahawa baginda dan sahabatnya mengetahui tentang usul dan prinsip ilmu ini kerana ia terdapat dalam al-Quran dan Hadith. Selain itu, beliau menulis bahawa Rasulullah s.a.w tidak jahil tentang ilmu ini walaupun baginda tidak memperkatakan satu persatu secara khusus.(Ibrahim Abu Bakar 2010,93-94)



          Penghujahan Ash’ari berhubung dengan penentangan terhadap Ilmu Kalam. Beliau memberi contoh bagi membuktikan usul atau prinsip Ilmu Kalama da di dalam al-Quran. Antaranya ialah tentang prinsip gerak dan diam, jisim, yang dibincangkan oleh ulama kalam. Beliau merujuk prinsip berkenaan rujuk kepada cerita al-Quran mengenai Nabi Ibrahim a.s dengan memerhatikan pergerakkan bintang, bulan dan matahari bahawa yang bergerak dan yang menghilang itu bukan makhluk Allah s.w.t tersebut. Jika pada  seorang lelaki yang tidak mengakui bahawa anak yang dilahirkan oleh isterinya itu anaknya disebabkan perbezaan warna kulit anaknya, Rasulullah s.a.w menetapkan bahawa anak itu adalah anak kandungnya kerana merujuk kepada unta yang kadangkala melahirkan anak yang berlainan warna kulit daripada ibunya. (Ibrahim Abu Bakar 2010, 94-97)


          Jawapan ash’ari berhubung dengan hujah penentang Ilmu Kalam. Ash’ari menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w mengetahui mauduk atau persoalan Ilmu Kalam dan tidak jahil mengenainya, namun tiada peristiwa yang memerlukan baginda baginda berkata atau tidak berkata tentang persoalan itu sekalipun usul atau prinsipnya ada di dalam al-Quran dan sunnah. Seandainya persoalan al-Quran itu makhluk, wujud pada zaman baginda menjelaskannya sama seperti mana baginda menjelaskan mengenai persoalan hudud, talak, dan  hukum syariah yang lain dipersoalkan pada masa hayatnya. Tidak ada Hadith yang menyuruh seseorang muslim untuk bertawaqquf atau berdiam diri bila ada persoalan tentang al-Quran itu makhluk atau tidak. Penentang berdiam diri sahaja, adakah ianya bukan bid’ah, sedangkan tiada nas yang menyatakan bahawa mereka mesti berdiam diri. Selain itu, tiada Hadith yang menyatakan al-Quran itu makhluk atau tidak, sedangkan penentang ilmu ini menghukumkan mereka sesat dan kafir kepada orang yang menyatakan al-Quran itu makhluk. Malah tidak ada yang menyuruh seseorang Muslim untuk bertawaquf atau berdiam diri bila ada persoalan tentang al-Quran itu makhluk atau tidak . penentang berdiam diri sahaja, adakah ianya bukan bid’ah, sedangkan tiada nas yang menyatakan bahawa mereka mesti berdiam diri. Tidak wujud Hadith yang menyatakan hukum sesat dan kafir kepada orang yang mengatakan al-Quran itu makhluk atau tidak, sedangkan penentang ilmu ini menghukumkan mereka sesat dan kafir kepada orang yang menyatakan al-Quarn itu makhluk. Bahkan beliau mempersoalkan tentang pekerjaan ulama hadith dah fekah berkenaan tentang perbincangan wasiat, nazar, pembebasan hamba, penggiraan harta pusaka sebagaimana yang mereka lakukan kerana perkara itu tiada dalam nas sebaagaaimana mempelajari Ilmu Kalam.(ibid)

                                                                                                               

Manhaj Imam Abu Hasan al-Asya’ari

Beliau menekankan tentang perlunya umat Islam kembali berpegang kepada al-Quran dan Hadith tnpa membuat takwil yang jauh. Menurut Asyaari manhaj ahli salaf merupakan sebaik-baik manhaj bagi umat Islam untuk diikuti. Walaupun mengajak masyaraakat Islam kembali kepada manhaj Ahli salaf, beliau juga mengajak masyarakat Islam memberikan perhatian dan tempat kepada peranan akal dalam mengukuhkan aqidah yang dibawa oleh al-Quran dan Hadith. (Che Amnah bt Bahari 2010,23-24)



 Bukti Ash’ari menerima atau menyokong Ilmu Kalam

Dengan mengemukakan bukti-bukti dan dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadith bahawa prinsip dan persoalan ilmu ini ada di dalam al-Quran dan Hadith. Mempersoalkan hukum sesat dan bid’ah terhadap ilmu dan Ulama Kalam kerana ketiadaan nas Rasulullah s.a.w untuk menolak asas itu dengan mengemukakan dalil al-Quran dan Hadith yang difahaminya yang mana mengandungi prinsip Ilmu Kalam. Selain itu, Ash’ari mengemukakan contoh kebaikan dan keburukkan diantara pemikiran dan amalan ulama usul fekah dan ulama Hadith dalam menentang ilmu kalam termasuk juga ulamanya. Konsep bid’ah sedemikian memakan diri ulama fekah dan Hadith sendiri kerana tidak semua persoalan yang dibincangkan dalam kitab oleh mereka mempunyai nas dari al-Quran dan Hadith. (Che Amnah bt Bahari 2010,23-24)



Kesimpulan

Pada hakikatnya, semua fahaman atau aliran tidak terkeluar dari Islam. Oleh itu, setiap orang Islam bebas memilih salah satu dari aliran teologi tersebut mengikut kesesuaian dengan jiwa dan pendapat. Hal ini tidak dapat mengubah dengan kebebasan setiap orang Islam memilih mazhab fekah bagi mereka seperti kata-kata hikmat ucapan dari Rasulullah s.a.w “perbezaan mengetahui di kalangan ummatku membawa rahmat”. Setiap rahmat yang besar jika masyarakat dari kalangan pelajar Ilmu ini, menemui dalam Islam aliran yang sesuai dengan jiwa dan pembawaan dan bagi orang awam akan memperolehi dalam aliran yang  dapat mengisi keperluan rohaninya. Kita melihat pada zaman kehidupan tiga imam (Syafi,Maliki dan Ahmad bin Hambal) dalam masyarakat muslim iaitu Ahli Sunnah Waljamaah dijadikan asas dan dasar, maka ketiga imam menentang, menolak, dan mengharamkan ilmu kalam yang dibawa oleh Muktazilah. Oleh itu, ternyata punca dan bukti perbezaan dan perselisihan pendapat antara Ash’ari dan ulama Muslim yang menentang Ilmu Kalam ialah konsep bid’ah(perkara yang tidak berlaku ketika hajat Rasulullah s.a.w yang diada-adakan. Ash’ari menghukumkan Ilmu Kalam tidak bid’ah kerana ia diambil dari al-Quran dan Hadith dari segi mauduk dan metod. Sedangkan para penentang menghukumkan bid’ah kepada Ilmu Kala mini kerana ia tidak pernah wujud zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Oleh itu tiada alasan untuk umat sekarang menentang Ilmu Kalam.

Thursday, 12 June 2014

Keluagraku Tersayang











Keluargaku tersayang...tanpa mereka siapa lah aku,, Terima kasih ya Allah kerana telah kurniakan sebuah keluarga yang sangat baik n moga hubungan kami sentiasa di bawah rahmat dan redha MU.. meen.. Sayang semua kerana Allah.. Aizat,, satu2nya adik lelaki dalam keluarga,, x da pulak dalam ni.. Sibuk sangat study kt asrama tu.. :)

Saturday, 30 November 2013

SAHABAT DUNIA AKHIRAT,,,AMIN..

Pagi hari isnin ni tiba-tiba rasa nak tulis note ni.Aku rindu sangat-sangat pada seorang sahabat ni..Tak tahu lah,tiba-tiba ja teringat kat dia.Mungkin sebab malam tadi jalan-jalan cari makan dengan mak dan abah.Sambil-sambil duduk dalam kereta,berangan sekejap nak pergi jordan.Dari situ lah aku teringat sahabat ni sebabnya dia dah ada di perantauan sekarang...mimpi apa la aku ni.Berangan ja lebih.

     Sahabat ku ni seorang yang peramah,lemah lembut,sopan sangat bila dengan orang yang lebih tua daripada dia.tak pernah la aku jumpa sahabat yang setabah dia ni.Ingat lagi kenangan kami waktu smka slim dulu..pergi mana pun selalunya sekali.pergi makan tak payah cakap,,memang seiringing dan sejalan..:)setiap kali minum petang dan makan malam,muka kami ni la yang mula-mula terpacak dekat dewan makan asrama..Muslimat yang lain kebanyakannya jarang makan..diet la kot.tak apa la.masing-masing punya pilihan.Alang-alang dah disediakan makanan,lebih baik makan daripada membazir la katakan.Nasib baik lah mak cik dan pak cik dewan makan tak kenal muka kami ni..tak ada rasa malu bab makan ni.Baki-baki makanan kami ambil bawa ballik asrama...

     Ingat pulak suatu hari ni,aku dan sahabat ni dipanggil oleh senior....lelaki~haaa..mana tak takutnya.Berdebar jugak rasanya.Kami ada buat salah apa sampai dipanggil mengejut macam ni.Jangan nak kena marah sudah..Bagi hadiah ka,coklat ka ok jugak..pikir macam budak2.asalkan pikir positif..Rupa-rupanya,kami dilantik jd exco satu organisasi ni.Organisasi apa tak perlu la kot nak cerita.Mana tak terkejut nya kami.Mahu sakit jantung diberi tugas berat tu.Tak sanggup rasanya.Tapi sahabat aku ni cekal dan redha ja orang nya.Dia seorang yang berani berhadapan dengan orang.Aku lain sikit dari sahabat,terketar lutut buatnya berdiri depan orang.Tapi mungkin jadi latihan bagi aku.Sahabat aku ni la yang tak putus-putus bagi semangat dan sentiasa membantu..Waktu spm,berlaku satu konflik di asrama..Aku tertekan dan sahabat aku ni la yang tenangkan dan pertahankan aku.Terima kasih sahabat.Rasanya kalau tak ada sahabat ni,alamatnya tak ambil periksa la aku.

     Sahabat aku ni excellent student di sekolah dulu..semua guru sayangkan dia.Mana taknya,setiap kali periksa dapat result terbaik.Jauh beza bagai langit dan bumi kita ni ya, sahabat..Tapi sahabat aku ni x pernah abaikan dan lupakan kawan.Dia selalu bertanya kepadaku sekiranya aku hadapi masalah dalam pelajaran.Setiap kali sebelum periksa,kami belajar sekali dan aku ni jenis banyak bertanya..kasihan sahabat,mesti penat nak menjawab segala soalan yang adakalanya tak masuk akal..:).Segala rahsia ku di tangan sahabat baik ku dan dia akan menegur kesalahan yang aku buat dengan cara yang amat menyenangkan.Teringat pula waktu awal2 tahun,aku selalu dapat result x memuaskan sampai menangis teresak-esak.Buat malu ja dengan orang.nak buat macam mana,dah sedih,x dapat aku nak kawal..dia la juga yang memujuk..macam budak-budak pulak time tu.Terima kasih sahabat kerana sudi berkongsi suka duka bersama.

      Namun,di sebalik ketenangan yang ada padanya,ada duka yang menimpa sahabatku tatkala dia diuji dengan ujian yang agak berat.Kejadian ini berlaku ketika kami menghadapi peperiksaan percubaan spm.Pada suatu malam,kami mengulangkaji pelajaran di bilik sebelah bilik prep..Tak ingat subjek math atau add math..Tiba-tiba hadir seorang perempuan datang untuk bertemu dengan sahabatku.Dia adalah sepupu kepada sahabatku.Kami hanya menyambut mereka seperti biasa..namun aku berasa pelik dan tidak sedap hati.Aku melihat sepupunya berdiri kaku tanpa berbicara apa-apa.tiba-tiba sepupunya menangis..Sahabatku memaksa supaya memberitahu apa yang sebenarnya berlaku..Warden datang dan menenangkan sahabatku ni.Rupa-rupanya,bapa kepada sahabatku telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya selepas pulang dari solat asar.Aku terkedu mendengar apa yang diceritakan dan terus menyambut sahabatku yang pada masa itu lemah dan tidak berdaya untuk berdiri..Aku mengemaskan bajunya di atas sementara dia ditenangkan oleh warden dan sepupunya.Aku tahu sahabat,engkau tidak mampu lagi untuk menerima kenyataan pada waktu itu..Tetapi aku tahu,engkau seorang yang cekal dan tabah mengharungi segala ujian yang datang..Bersabarlah wahai sahabat,Allah amat menyayangi dirimu dan Dia ingin menguji tahap kesabaranmu..Aku cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kesedihan mu wahai sahabat.

      Walaupun ujian bertalu-talu menimpa diri sahabat ku ni,dia tetap mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan spm..hampir-hampir straight a..Sungguh!Engkau sentiasa cekal dan tidak pernah berputus asa..Tahniah sahabat ku.Sekarang,engkau sudahpun berada di jordan.Aku?hmm..yang dah lepas tu biarlah..Tak ada rezeki nak dapat result macam sahabat..tapi aku puas hati sebab dapat belajar dengan sahabat yang top di sekolah..Mungkin usaha tak cukup..Tak apa la,cuba untuk stp ni..:).Ingat lagi beberapa hari sebelum pergi ke jordan,kami keluar ke pekan beli barang bersama..Mak dan kakak dia pun datang sekali..Mak sahabat aku tu dah macam mak aku sendiri..Itu lah kali terakhir aku bertemu dengan sahabat.Kenangan manis tu tak akan aku lupakan.

      "Duhai teman sejatiku...
       Buatmu,cebisan istimewa ini kunukilkan
       Tanda persahabatan berpintal iman
       Lantaran tak dapat ku sembunyikan
       Apa yang melingkar di hati
       Kasihku padamu tidak terperi
       Terhampar luas tak bertepi.

       Disaat gersang jiwaku
       Kau sirami muhasabah
       Di saat tandus amalku
       Kau subuakan qudwah
       Di saat gugur semangatku
       Kau bajai quwwah.

       Tika air mataku berguguran
       Kau turut kepiluan
       Tika senyumku tak lekang
       Kau ceria berpanjangan
       Tika kesedihan bertamu
       Kau hiburkan semampumu.
       Tika lemah menyapa
       Kau ingatkan janji-Nya
       Tika kejayaan ku tercipta
       Kau doakan redhaNya bersama"
Terima kasih menjadi sahabat ku..Ukhwah fillah abadan abada.semoga kita bertemu di syurga.insyaAllah :')Ingat ku dalam doa mu~Doaku juga sentiasa mengiringimu~ :) Jangan lupakan nur farah hanim ni ya :')




SAHABATKU DALAM SEPI~~

 SAHABATKU DALAM SEPI~ 

Untuk yang terbaik
Sahabat-sahabatku dimanapun berteduh
Rasa rindu selalu datang
Kadang tiba-tiba
Kadang tak terduga
Seolah bak lumpur lapindo yang datang
Namun apapun adanya kuberharap
Kau selalu hadirkan senyum dan harapan dalam hidupmu
Menjadi lebih baik dalam menuai kehidupan membangun keluarga
Menjadi lebih berguna bagi orang-orang disekitarmu
Kerana apalah Erti bahagia bila hanya kau seorang diri yang mampu menikmatinya

Akhirnya
Diantara kerikil kehidupan
Dilubuk hatiku yang paling dalam
Disela-sela kesibukan dan pautan jarak
Bahkan himpitan waktu,derasnya peluh
Maka kata demi kata ku rangkai menjadi kalimat yang hangat
Untuk cuba sejenak menyapamu

Sahabatku
Tak pernah bertemu bukan bererti melupakan
Suatu saat kau pun akan merasa
Bahwa sahabat adalah harta yg membahagiakan disaat kau mampu nikmati hidup bersamanya
Ingatlah!
Rasa sepi pun bisa sirna karena seorang sahabat
Hari-hari menjadi sangat menyenangkan juga karena sahabat
Segala senda gurau,ejekan kadang terasa rindu tuk dikenang
Bahkan rasa cinta pun bisa datang dan pergi
Rela tak harus terpaut dalam satu ikatan

Sejujurnya
Bila kau masih merasa mencintai sahabat-sahabatmu
Ingin membagi doa,idea,cerita,kenangan,pengalaman maupun empati
Atau sekadar memberikan simpul senyum bagi sahabatmu yang lain...ucapkanlah~


   

Monday, 21 October 2013

JOHN LOCKE


  PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah atas kurnia taufiqnya. Selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w penunjuk ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Juga kepada keluarga, sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkahnya sehingga hari akhirat kelak .Falsafah merupakan suatu bidang ilmu yang tidak asing lagi pada zaman ini. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani, philosophia bermaksud hasil kecintaan kepada kebijaksanaan atau ilmu kecintaan kebenaran, atau ilmu kecintaan hikmah. (Sahaharir, 2000)
Apabila kita mengatakan tentang falsafah, pasti yang terbayang di fikiran adalah para cendekiawan yang berada di sebalik sebuah teori dan falsafah itu. Sebut sahaja Aristotle, Plato, Socrates, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan ramai lagi adalah nama-nama besar yang tidak asing dalam dunia falsafah.
Antara salah satu doktrin Falsafah yang terkenal adalah teori Empirisme. Empirisme adalah suatu aliran dalam falsafah yang mengatakan bahawa semua pengetahuan berasal dari pengalaman manusia. Empirisme menolak anggapan bahawa manusia telah membawa fitrah pengetahuan dalam dirinya ketika dilahirkan. Teori Empirisme lahir di barat dengan tiga tokoh utama  iaitu, David Hume, George Berkeley dan John Lock.
            Kertas kerja ini, adalah kajian biografi mengenai salah seorang pemikir disebalik teori Empirisme, iaitu John Locke. Perkara yang akan dikupas adalah dari sudut latar belakang beliau, pendidikan, perjalanan hidup dan teori-teori yang digagaskan beliau.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada pensyarah kami, Prof. Ahmad Sunawari Long, atas sumbangan ilmu dan bimbingan sepanjang modul ini. Semoga usaha ini diredhai Allah Ta’ala dan semoga tugas kajian ini mampu dijadikan sebagai wadah perbincangan ilmiah dengan lebih mendalam lagi di masa hadapan. Insya Allah.



  LATAR BELAKANG KEHIDUPAN JOHN LOCKE
John Locke dilahirkan di Wrington , sebuah perkampungan di utara Somersetshire , pada 29 Ogos 1632. Keluarga beliau tinggal berhampiran kampung Pensford , di paroki Publow , kira-kira enam kilometer dari Bristol. John Locke merupakan seorang ahli falsafah barat yang namanya terkenal dengan pendekatan empirisme yang digagaskan beliau. John Locke bersahabat baik dengan Isaac Newton, dan Locke dipandang sebagai idola terpenting semasa era Pencerahan.
Locke adalah antara dua ratus lima puluh kanak-kanak lelaki yang belajar di Westminster. Empat puluh orang daripadanya merupakan King’s Scholars (nama yang disimpan oleh guru besar pendukung raja ) yang terdapat dalam perlembagaan sekolah. Selebihnya adalah “oppidens" iaitu anak-anak tempatan bermastautin , yang tinggal di rumah, atau pesara yang mendiami di rumah induk atau ahli Westminster Abbey Chapter.
 Dalam tahun-tahun di Westminster, Locke telah didedahkan kepada kurikulum yang merangkumi bahasa Latin, Greek, Hebrew, Arab dan lebih dikhususkan dalam bidang Geografi , geometri dan aritmetik. Ini lepas telah diajar melalui bahasa Latin, yang dia belajar untuk menyebut walaupun ia adalah Bahasa Inggeris.Hal ini  membawa kepada masalah apabila berbual dalam bahasa Latin dengan warga asing.
Pada tahun 1650 Locke dianggap sesuai untuk memasuki "cabaran " pertandingan untuk pemilihan ke King’s Scholarship iaitu biasiswa diraja, dan ia satu prosedur yang memerlukan pengetahuan Latin dan tatabahasa, serta keupayaan untuk memahami prosa atau komposisi ayat.Di samping itu, terdapat juga unsur-unsur lain dalam pendidikan di Westminster. Beliau pakar dalam  komposisi pada tema dan ayat-ayat dalam bahasa Latin. John Locke berpendapat  bahawa kanak-kanak lelaki perlu belajar untuk bercakap dengan baik dan lancar  dalam pelbagai topik.
 Pada tahun 1652, Locke mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran di Gereja Kristus (Christ Church),Oxford dan tinggal di sana sejak bulan Mei 1652.Christ Church adalah seperti kolej-kolej lain dan ia  terkandung kedua-dua gereja dan kolej. Ia telah ditadbir oleh Deen, Sub Deen, dan pegawai-pegawai mereka.Locke dimasukkan ke Christ Church bersama-sama dengan empat puluh atau lebih mahasiswa lain. (Roger Woolhouse:2007)..

Menurut Sir Frederic Pollock , John Locke meminati bidang perubatan sebagaimana yang tertulis dalam catatan peribadi beliau pada akhir 1650-an. Locke membuat banyak catatan mengenai kesihatan dan perubatan.Beliau menjadi pembantu kepada kawannya iaitu David Thomas , yang sedang menjalani praktikal sebagai doktor  di Oxford. Melalui minatnya dalam bidang perubatan,Locke telah mula meminati falsafah alam sejak tahun 1658.Pada awal tahun 1660,Locke berjumpa dengan Robert Boyl yang merupakan ahli kimia yang paling berani dan paling Berjaya dan Boyle telah banyak mempengaruhi minatnya.

Perhatian Locke terhadap politik muncul ketika situasi politik di barat yang sedang bergejolak. Cromwell , yang pada waktu itu telah mengubah sistem politik barat telah meninggal pada tahun 1658 sehingga terjadi perubahan lagi di bawah pemerintahan Raja Charles II yang mengkehendaki pemerintahan menguasai Negara dan gereja barat. Locke pada waktu itu memegang pemerintahan Charles II. Pada bulan November hingga Disember 1660, beliu membuat satu karangan singkat untuk menanggapi pandangan Edward Bagshaw,yang menegaskan perlunya hakim sivil dalam menetukan bentuk-bentuk ibadah keagamaan. Pandangan-pandangan beliau dapat dibaca melalui karya beliau yang berjudul ‘Letters of Toleration’.

Pada bulan Jun 1700 , Locke menjalani sisa kehidupannya selama 4 tahun dengan tenang dan tidak terlalu sering mengunjungi Lodon. Meskipun demikian , Locke masih mengarang buku antaranya yang berjudul “Paraphrase and Notes on the Epistles of St Paul.” Karya ini menyatakan kedalaman karakter keagamaan dari pemikiran Locke. Tahap kesihatan Locke semakin menurun dalam tahun-tahun terakhir kehidupannya dan beliau juga menderita penyakit asma. Kunjungan terakhirnya ke London pada bulan Januari 1698 kerana dipanggil pleh raja William III membuatkan kesihatan beliau semakin buruk. Beliau kemudian menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 28 Oktober 1704.



TEORI DAN FALSAFAH JOHN LOCKE

Teori Empirisme
Menurut John Lock, seluruh pengetahuan bersumber daripada pengalaman manusia. Pandangan ini dapat digambar dengan gambaran empirisme yang mana ianya menolak pendapat kaum rasional yang mengatakan sumber pengetahuan manusia yang terutama berasal dari rasio atau fikiran manusia itu sendiri. Meskipun demikian, rasio dan fikiran juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan pengetahuan. Dengan demikian, Locke berpendapat bahawa fikiran dan rasio sesorang itu masih belum berfungsi selagi ia belum melalui sebuah pengalaman. 

Situasi tersebut diibaratkan Locke seperti sebuah kertas putih (tabula rasa) yang kemudian mendapatkan isinya dari pengalaman yang dijalani oleh manusia itu. Rasio manusia hanya berfungsi untuk mengolah pengalaman-pengalaman manusia menjadi pengetahuan sehingga sumber utama pengetahuan menurut Locke adalah pengalaman. 


Thinking is impossible without some objects of thought. Indeed, Locke’s view of the human mind is that at birth it is a Tabula rasa, a blank tablet on which nothing as yet has been written. To illustrate further, Locke says: “ The understanding is not much unlike a closet wholly shut from light, with only some little openings” ( Konstantin Kolenda: 1974)

Locke mengatakan ada dua macam pengalaman manusia, yaitu pengalaman lahiriah (sense atau external sensation) dan pengalaman batiniah (internal sense atau reflection). Pengalaman lahiriah adalah pengalaman yang menangkap aktiviti indera yaitu segala aktiviti material yang berhubungan dengan pancaindra manusia. Kemudian pengalaman batiniah terjadi ketika manusia memiliki kesadaran terhadap aktivitinya sendiri dengan cara mengingat, menghendaki, menyakini, dan sebagainya. Kedua bentuk pengalaman manusia inilah yang akan membentuk pengetahuan melalui proses selanjutnya.


  Teori Liberalisme
Locke adalah penentang gigih monarki absolut di negaranya. Dia beranggapan bahawa  pembatasan-pembatasan kekuasaan politik sepenuhnya bersifat sekular. Menurut Locke juga, manusia dilahirkan sedarjat, tidak ada manusia ketika dilahirkan ke dunia, lebih dari manusia lain. Tuhan memberikan kemampuan nalar, kesamaan keuntungan-keuntungan alamiah, kekuasaan dan juridikasi.

Perkara ini dapat dilihat daripada kenyataan beliau dalam karyanya ‘An Essay Concerning The True Original, Extent and End of Civil Government’; “A state also of equality, wherein all the power and jurisdiction is reciprocal, no one having more than another; there being nothing more evident that that creatures of the same species and rank, promiscuously born to all the same advantages of nature, and the use of the same faculties, should also be equal one amongst another without subordinate or subjection, unless the Lord and Master of them all should by any manifest declaration of His will set one above another, and confer on him by an evident and clear appointment an undoubted right to dominion and sovereignty ”( The  great Philosophers, John Locke)

Menurut Locke lagi, asal usul pemerintahan adalah satu keadaan alamiah. Keadaan alamiah merujuk kepada keadaan diamana manusia hidup dalam kedamaian, kebajikan, saling melindungi, penuh kebebasan, tak ada rasa takut dan penuh kesetaraan. Namun keadaan alamiah yang penuh damai itu berubah setelah manusia menemukan sistem kekuasaan dan wang. Penemuan itu menyebabkan terjadinya proses akumulasi kapital dan pembenaran atas hak-hak pemilikan. Hal inilah yang disebutkan Locke sebagai sumber malapetaka.



KARYA-KARYA JOHN LOCKE

Jika dikaji, karya-karya John Locke bukan sahaja tertumpu kepada perbahasan falsafah, tetapi juga tentang pendidikan, ekonomi, teologi dan perubatan. Bagaimanapun, terdapat beberapa buah karyanya yang menjadi tumpuan utama dan yang terpenting dalam sejarah hidup beliau. Antaranya;

    ‘ Essay Concerning Human Understanding’

Dikatakan juga, bahawa melalui karya inilah yang membuatkan beliau menjadi masyhur. Buku ini  mempersoalkan mengenai asal usul, hakikat dan keterbatasan pengetahuan manusia. Teori beliau mengenai ‘Tabula rasa’ adalah yang pertama kali diperkenalkan melaui karya ini. Buku ini juga dikatakan sebagai sumber utama pemikiran Empirisme yang mana ianya telah berhasil mempengaruhi tokoh-tokoh besar falsafah yang lain seperti David Hume dan George Berkeley, dan Immanuel Kant.  

   ‘ Two Treatises of Government’



Buku ini diterbitkan pada tahun 1689 yang isinya dikatakan menjadi dasar penting pada demokrasi liberal. Buku ini menyatakankan pandangan-pandangan Locke mengenai hak-hak manusia dan pemerintah. Ia menjelaskan pandangannya itu dengan menganalisis perkembangan masyarakat ketika itu. Locke menyatakan keyakinan beliau bahwa setiap manusia memiliki hak alamiah dan juga kebebasan pribadi dan hak atas pemilikan sesuatu. Tugas utama pemerintah adalah melindungi penduduk dan hak milik warga negara. 

Ulasan ini dapat disimpulkan melalui kenyataan beliau yang dapat dilihat melalui buku ‘The Great Philosopher’ : A state also of equality, wherein all the power and jurisdiction is reciprocal, no one having more than another, there being nothing more evident than that creatures of the same species and rank, promiscuously born to all the same advantages of nature, and the use of the same faculties, should also be equal one amongs another without subordination or subjection, unless the Lord and Master of them all should by any manifest declaration of His will set one above another, and confer on him by an evident and clear appointment an undoubted right to dominion and sovereignty. ( John Locke, The Great Philosophers Vol 1 Politcal Philosohper)

Sebelum Locke menulis buku ini,kehidupan politik Inggeris dan Prancis  abad XVII didominasi  oleh wacana doktrin morki mutlak. Dalam konteks sejarah barat, kewujudan doktrin monarki mutlak itu merupakan penyebab terhadap kekacauan sosial politik akibat perang saudara dan perang-perang agama yang terjadi pada saat itu. Monarki mutlak didasarkan pada kepercayaan bahawa kekuasaan mutlak raja bersifat ilahiah. Beliau menganggap tuhanlah yang telah menganugerahkan kekuasaan itu kepada seorang raja. Kepercayaan ini kemudian terkenal dengan sebutan hak-hak ketuhanan raja.

          Men are not born free and therefore could never have the liberty to choose either Governors or Forms of Government.Prince have their Power Absolute and by Devine Right for Slave could never have a Right to Compact or Concern. Adam was an absolute monarch and so are all princes ever since. (Peter Laslett 1970)

Pandangan ini dilandasi oleh pemikiran bahawa monarki mutlak merupakan bentuk pemerintahan paling sesuai dengan kudrat hukum alam kerana tiga sebab. Pertama,monarki mutlak berakar pada tradisi pihak berkuasa paternal. Kedua, sistem pemerintahan monarki mutlak merupakan cermin kekuasaan  tunggal Tuhan atas segalaCivil society yang diyakininya.Dari sinilah terjadinya permusuhan intelektual Locke dan Sir Robert Filmer , iaitu penyokong utama fahaman utlak kekuasaan monarki Eropah abad XVII yang dicurahkan dalam karyanya Patriarcha.

            Two Treatises ini dibahagi menjadi First Treatises dan Second Treatises. The First Treatise difokuskan pada sanggahan dari Sir Robert Filmer, khususnya Patriarcha , yang berpendapat bahawa masyarakat awam ditubuhkan mengikut hak-hak ketuhanan raja. Second Treatises menghuraikan teori masyarakat awam. Di samping itu, Locke juga mengembangkan sejumlah tema penting iaitu keadaan alamiah dimana individu tidak bertanggungjawab untuk mematuhi satu sama lain, penaklukan dan perhambaan ,harta, pemerintahan perwakilan dan hak revolusi. Karya ini juga menjelaskan mengenai Liberalisme iaitu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.

Jelas sekali, pandangan-pandangan Locke menggambarkan gagasan pihak penggerak revolusi Amerika seabad sebelum kejadian itu berlangsung. Pengaruhnya atas Thomas Jefferson amatlah mengesankan. Fikiran Locke merasuk ke benua Eropa, khususnya Perancis, merupakan fakta yang mana secara tidak langsung yang mendorong revolusi Perancis dan Deklarasi Hak-hak Asasi Manusia. Meskipun tokoh-tokoh seperti Voltaire dan Thomas Jefferson lebih terkenal daripada Locke, tulisan-tulisannya mendahului mereka dan punya pengaruh kuat terhadap mereka. Karena itu layaklah apabila kedudukan Locke pun disebut lebih dahulu dalam daftar urutan buku ini. (Michael H. Hart, 1978)

    ‘ Letters of Toleration’
Karya ini dihasilkan pada tahun 1689. Selain daripada dua karya di atas, tulisan ini juga merupakan salah satu tulisan beliau yang tepenting. Sehubungan dengan karya beliau mengenai konsel Negara, dalam buku ini beliau menyatakan pandangan beliau mengenai hubugan antara Negara dan agama. Dalam tulisan ini, Locke mengatakan, terdapat pemisahan tegas antara urusan agama dan Negara sebab tujuan masing-masih juga adalah berbeza. 

Menurut beliau juga, Negara tidak boleh menganut agama apapun, dan tidak juga membatasi atau meniadakan sesuatu agama. ( Harun Hadiwijono, 1983).  Tujuan Negara adalah untuk melindungi hak-hak dasar warganya sedangkan tujuan agama berfungsi untuk  menjalankan ibadah kepada tuhan. Dengan itu, agama adalah bersifat peribadi dan tidakbolek dicampuri dengan urusan pentadbiran Negara. Agama juga tidak boleh memutuskan sesuatu yang memutuskan atau menghalangi tujuan Negara.

Locke amat menekankan bahawa negara jangan ikut campur terlampau banyak dalam hal kebebasan menjalankan ibadah menurut kepercayaan agama masing-masing. Locke bukanlah orang pertama yang mengusulkan adanya toleransi agama ini, tetapi argumennya yang kuat yang dilontarkannya, yang berpihak kepada perlunya ada toleransi merupakan faktor utama penilaian terhadap pandangannya. Lebih dari itu, Locke mengembangkan prinsip toleransinya kepada golongan non-Kristen.

Locke juga berpendapat, tidak ada toleransi dalam ateis. Melihat kepada konteks kini dia boleh dikatakan amat terbuka, tetapi rasional dengan memandang kepada pengalaman-pengalama di zamannya. Melalui tulisan-tulisan mengenainya, apa yang dapat disimpulkan adalah alasan-alasan yang dikemukakan John locke demi terciptanya toleransi agama lebih meyakinkan pembacan dari pengecualian-pengecualian yang dibuatnya. Kesimpulannya, idea-idea beliau menjadi satu dasar.



Rujukan
Roger Woolhouse. 2007. Locke A Biography. New York: Cambridge University Press

R.S Woolhouse. 1971. Locke’s Philosophy of Science and Knowledge. Britain: Basic Blackwell

E.W.F Tomlin. 1968. The Western Philosophers; an Introduction. London: Hutchinson & Co. LTD

Richard Aschcraft. 1991. John Locke Critical Assesment. London: Routledge

Stuart Brown.1996. British Philosophy and the Age of Enlightenment. London: Routledge. Chapter 3. Locke: Knowledge and its limits

Etienne Bonnot De Condillac .1756 . An Essay on the Origin Of Human Knowledge Gainesville, Florida: Scholar’s Facsimiles & Reprints

Yahya Jusoh, Azhar Muhammad. 2012. Falsafah Ilmu dalam Al-Quran Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi. Malaysia: Penerbit UTM Press

Konstatin Kolenda. 1974. Philosophy’s Journey: A Historical Introduction. United State: Waveland Press

Ahmad Sunawari Long. 2006. Sejarah Falsafah. Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.