Monday, 21 October 2013

JOHN LOCKE


  PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah atas kurnia taufiqnya. Selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w penunjuk ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Juga kepada keluarga, sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkahnya sehingga hari akhirat kelak .Falsafah merupakan suatu bidang ilmu yang tidak asing lagi pada zaman ini. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani, philosophia bermaksud hasil kecintaan kepada kebijaksanaan atau ilmu kecintaan kebenaran, atau ilmu kecintaan hikmah. (Sahaharir, 2000)
Apabila kita mengatakan tentang falsafah, pasti yang terbayang di fikiran adalah para cendekiawan yang berada di sebalik sebuah teori dan falsafah itu. Sebut sahaja Aristotle, Plato, Socrates, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan ramai lagi adalah nama-nama besar yang tidak asing dalam dunia falsafah.
Antara salah satu doktrin Falsafah yang terkenal adalah teori Empirisme. Empirisme adalah suatu aliran dalam falsafah yang mengatakan bahawa semua pengetahuan berasal dari pengalaman manusia. Empirisme menolak anggapan bahawa manusia telah membawa fitrah pengetahuan dalam dirinya ketika dilahirkan. Teori Empirisme lahir di barat dengan tiga tokoh utama  iaitu, David Hume, George Berkeley dan John Lock.
            Kertas kerja ini, adalah kajian biografi mengenai salah seorang pemikir disebalik teori Empirisme, iaitu John Locke. Perkara yang akan dikupas adalah dari sudut latar belakang beliau, pendidikan, perjalanan hidup dan teori-teori yang digagaskan beliau.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada pensyarah kami, Prof. Ahmad Sunawari Long, atas sumbangan ilmu dan bimbingan sepanjang modul ini. Semoga usaha ini diredhai Allah Ta’ala dan semoga tugas kajian ini mampu dijadikan sebagai wadah perbincangan ilmiah dengan lebih mendalam lagi di masa hadapan. Insya Allah.



  LATAR BELAKANG KEHIDUPAN JOHN LOCKE
John Locke dilahirkan di Wrington , sebuah perkampungan di utara Somersetshire , pada 29 Ogos 1632. Keluarga beliau tinggal berhampiran kampung Pensford , di paroki Publow , kira-kira enam kilometer dari Bristol. John Locke merupakan seorang ahli falsafah barat yang namanya terkenal dengan pendekatan empirisme yang digagaskan beliau. John Locke bersahabat baik dengan Isaac Newton, dan Locke dipandang sebagai idola terpenting semasa era Pencerahan.
Locke adalah antara dua ratus lima puluh kanak-kanak lelaki yang belajar di Westminster. Empat puluh orang daripadanya merupakan King’s Scholars (nama yang disimpan oleh guru besar pendukung raja ) yang terdapat dalam perlembagaan sekolah. Selebihnya adalah “oppidens" iaitu anak-anak tempatan bermastautin , yang tinggal di rumah, atau pesara yang mendiami di rumah induk atau ahli Westminster Abbey Chapter.
 Dalam tahun-tahun di Westminster, Locke telah didedahkan kepada kurikulum yang merangkumi bahasa Latin, Greek, Hebrew, Arab dan lebih dikhususkan dalam bidang Geografi , geometri dan aritmetik. Ini lepas telah diajar melalui bahasa Latin, yang dia belajar untuk menyebut walaupun ia adalah Bahasa Inggeris.Hal ini  membawa kepada masalah apabila berbual dalam bahasa Latin dengan warga asing.
Pada tahun 1650 Locke dianggap sesuai untuk memasuki "cabaran " pertandingan untuk pemilihan ke King’s Scholarship iaitu biasiswa diraja, dan ia satu prosedur yang memerlukan pengetahuan Latin dan tatabahasa, serta keupayaan untuk memahami prosa atau komposisi ayat.Di samping itu, terdapat juga unsur-unsur lain dalam pendidikan di Westminster. Beliau pakar dalam  komposisi pada tema dan ayat-ayat dalam bahasa Latin. John Locke berpendapat  bahawa kanak-kanak lelaki perlu belajar untuk bercakap dengan baik dan lancar  dalam pelbagai topik.
 Pada tahun 1652, Locke mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran di Gereja Kristus (Christ Church),Oxford dan tinggal di sana sejak bulan Mei 1652.Christ Church adalah seperti kolej-kolej lain dan ia  terkandung kedua-dua gereja dan kolej. Ia telah ditadbir oleh Deen, Sub Deen, dan pegawai-pegawai mereka.Locke dimasukkan ke Christ Church bersama-sama dengan empat puluh atau lebih mahasiswa lain. (Roger Woolhouse:2007)..

Menurut Sir Frederic Pollock , John Locke meminati bidang perubatan sebagaimana yang tertulis dalam catatan peribadi beliau pada akhir 1650-an. Locke membuat banyak catatan mengenai kesihatan dan perubatan.Beliau menjadi pembantu kepada kawannya iaitu David Thomas , yang sedang menjalani praktikal sebagai doktor  di Oxford. Melalui minatnya dalam bidang perubatan,Locke telah mula meminati falsafah alam sejak tahun 1658.Pada awal tahun 1660,Locke berjumpa dengan Robert Boyl yang merupakan ahli kimia yang paling berani dan paling Berjaya dan Boyle telah banyak mempengaruhi minatnya.

Perhatian Locke terhadap politik muncul ketika situasi politik di barat yang sedang bergejolak. Cromwell , yang pada waktu itu telah mengubah sistem politik barat telah meninggal pada tahun 1658 sehingga terjadi perubahan lagi di bawah pemerintahan Raja Charles II yang mengkehendaki pemerintahan menguasai Negara dan gereja barat. Locke pada waktu itu memegang pemerintahan Charles II. Pada bulan November hingga Disember 1660, beliu membuat satu karangan singkat untuk menanggapi pandangan Edward Bagshaw,yang menegaskan perlunya hakim sivil dalam menetukan bentuk-bentuk ibadah keagamaan. Pandangan-pandangan beliau dapat dibaca melalui karya beliau yang berjudul ‘Letters of Toleration’.

Pada bulan Jun 1700 , Locke menjalani sisa kehidupannya selama 4 tahun dengan tenang dan tidak terlalu sering mengunjungi Lodon. Meskipun demikian , Locke masih mengarang buku antaranya yang berjudul “Paraphrase and Notes on the Epistles of St Paul.” Karya ini menyatakan kedalaman karakter keagamaan dari pemikiran Locke. Tahap kesihatan Locke semakin menurun dalam tahun-tahun terakhir kehidupannya dan beliau juga menderita penyakit asma. Kunjungan terakhirnya ke London pada bulan Januari 1698 kerana dipanggil pleh raja William III membuatkan kesihatan beliau semakin buruk. Beliau kemudian menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 28 Oktober 1704.



TEORI DAN FALSAFAH JOHN LOCKE

Teori Empirisme
Menurut John Lock, seluruh pengetahuan bersumber daripada pengalaman manusia. Pandangan ini dapat digambar dengan gambaran empirisme yang mana ianya menolak pendapat kaum rasional yang mengatakan sumber pengetahuan manusia yang terutama berasal dari rasio atau fikiran manusia itu sendiri. Meskipun demikian, rasio dan fikiran juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan pengetahuan. Dengan demikian, Locke berpendapat bahawa fikiran dan rasio sesorang itu masih belum berfungsi selagi ia belum melalui sebuah pengalaman. 

Situasi tersebut diibaratkan Locke seperti sebuah kertas putih (tabula rasa) yang kemudian mendapatkan isinya dari pengalaman yang dijalani oleh manusia itu. Rasio manusia hanya berfungsi untuk mengolah pengalaman-pengalaman manusia menjadi pengetahuan sehingga sumber utama pengetahuan menurut Locke adalah pengalaman. 


Thinking is impossible without some objects of thought. Indeed, Locke’s view of the human mind is that at birth it is a Tabula rasa, a blank tablet on which nothing as yet has been written. To illustrate further, Locke says: “ The understanding is not much unlike a closet wholly shut from light, with only some little openings” ( Konstantin Kolenda: 1974)

Locke mengatakan ada dua macam pengalaman manusia, yaitu pengalaman lahiriah (sense atau external sensation) dan pengalaman batiniah (internal sense atau reflection). Pengalaman lahiriah adalah pengalaman yang menangkap aktiviti indera yaitu segala aktiviti material yang berhubungan dengan pancaindra manusia. Kemudian pengalaman batiniah terjadi ketika manusia memiliki kesadaran terhadap aktivitinya sendiri dengan cara mengingat, menghendaki, menyakini, dan sebagainya. Kedua bentuk pengalaman manusia inilah yang akan membentuk pengetahuan melalui proses selanjutnya.


  Teori Liberalisme
Locke adalah penentang gigih monarki absolut di negaranya. Dia beranggapan bahawa  pembatasan-pembatasan kekuasaan politik sepenuhnya bersifat sekular. Menurut Locke juga, manusia dilahirkan sedarjat, tidak ada manusia ketika dilahirkan ke dunia, lebih dari manusia lain. Tuhan memberikan kemampuan nalar, kesamaan keuntungan-keuntungan alamiah, kekuasaan dan juridikasi.

Perkara ini dapat dilihat daripada kenyataan beliau dalam karyanya ‘An Essay Concerning The True Original, Extent and End of Civil Government’; “A state also of equality, wherein all the power and jurisdiction is reciprocal, no one having more than another; there being nothing more evident that that creatures of the same species and rank, promiscuously born to all the same advantages of nature, and the use of the same faculties, should also be equal one amongst another without subordinate or subjection, unless the Lord and Master of them all should by any manifest declaration of His will set one above another, and confer on him by an evident and clear appointment an undoubted right to dominion and sovereignty ”( The  great Philosophers, John Locke)

Menurut Locke lagi, asal usul pemerintahan adalah satu keadaan alamiah. Keadaan alamiah merujuk kepada keadaan diamana manusia hidup dalam kedamaian, kebajikan, saling melindungi, penuh kebebasan, tak ada rasa takut dan penuh kesetaraan. Namun keadaan alamiah yang penuh damai itu berubah setelah manusia menemukan sistem kekuasaan dan wang. Penemuan itu menyebabkan terjadinya proses akumulasi kapital dan pembenaran atas hak-hak pemilikan. Hal inilah yang disebutkan Locke sebagai sumber malapetaka.



KARYA-KARYA JOHN LOCKE

Jika dikaji, karya-karya John Locke bukan sahaja tertumpu kepada perbahasan falsafah, tetapi juga tentang pendidikan, ekonomi, teologi dan perubatan. Bagaimanapun, terdapat beberapa buah karyanya yang menjadi tumpuan utama dan yang terpenting dalam sejarah hidup beliau. Antaranya;

    ‘ Essay Concerning Human Understanding’

Dikatakan juga, bahawa melalui karya inilah yang membuatkan beliau menjadi masyhur. Buku ini  mempersoalkan mengenai asal usul, hakikat dan keterbatasan pengetahuan manusia. Teori beliau mengenai ‘Tabula rasa’ adalah yang pertama kali diperkenalkan melaui karya ini. Buku ini juga dikatakan sebagai sumber utama pemikiran Empirisme yang mana ianya telah berhasil mempengaruhi tokoh-tokoh besar falsafah yang lain seperti David Hume dan George Berkeley, dan Immanuel Kant.  

   ‘ Two Treatises of Government’



Buku ini diterbitkan pada tahun 1689 yang isinya dikatakan menjadi dasar penting pada demokrasi liberal. Buku ini menyatakankan pandangan-pandangan Locke mengenai hak-hak manusia dan pemerintah. Ia menjelaskan pandangannya itu dengan menganalisis perkembangan masyarakat ketika itu. Locke menyatakan keyakinan beliau bahwa setiap manusia memiliki hak alamiah dan juga kebebasan pribadi dan hak atas pemilikan sesuatu. Tugas utama pemerintah adalah melindungi penduduk dan hak milik warga negara. 

Ulasan ini dapat disimpulkan melalui kenyataan beliau yang dapat dilihat melalui buku ‘The Great Philosopher’ : A state also of equality, wherein all the power and jurisdiction is reciprocal, no one having more than another, there being nothing more evident than that creatures of the same species and rank, promiscuously born to all the same advantages of nature, and the use of the same faculties, should also be equal one amongs another without subordination or subjection, unless the Lord and Master of them all should by any manifest declaration of His will set one above another, and confer on him by an evident and clear appointment an undoubted right to dominion and sovereignty. ( John Locke, The Great Philosophers Vol 1 Politcal Philosohper)

Sebelum Locke menulis buku ini,kehidupan politik Inggeris dan Prancis  abad XVII didominasi  oleh wacana doktrin morki mutlak. Dalam konteks sejarah barat, kewujudan doktrin monarki mutlak itu merupakan penyebab terhadap kekacauan sosial politik akibat perang saudara dan perang-perang agama yang terjadi pada saat itu. Monarki mutlak didasarkan pada kepercayaan bahawa kekuasaan mutlak raja bersifat ilahiah. Beliau menganggap tuhanlah yang telah menganugerahkan kekuasaan itu kepada seorang raja. Kepercayaan ini kemudian terkenal dengan sebutan hak-hak ketuhanan raja.

          Men are not born free and therefore could never have the liberty to choose either Governors or Forms of Government.Prince have their Power Absolute and by Devine Right for Slave could never have a Right to Compact or Concern. Adam was an absolute monarch and so are all princes ever since. (Peter Laslett 1970)

Pandangan ini dilandasi oleh pemikiran bahawa monarki mutlak merupakan bentuk pemerintahan paling sesuai dengan kudrat hukum alam kerana tiga sebab. Pertama,monarki mutlak berakar pada tradisi pihak berkuasa paternal. Kedua, sistem pemerintahan monarki mutlak merupakan cermin kekuasaan  tunggal Tuhan atas segalaCivil society yang diyakininya.Dari sinilah terjadinya permusuhan intelektual Locke dan Sir Robert Filmer , iaitu penyokong utama fahaman utlak kekuasaan monarki Eropah abad XVII yang dicurahkan dalam karyanya Patriarcha.

            Two Treatises ini dibahagi menjadi First Treatises dan Second Treatises. The First Treatise difokuskan pada sanggahan dari Sir Robert Filmer, khususnya Patriarcha , yang berpendapat bahawa masyarakat awam ditubuhkan mengikut hak-hak ketuhanan raja. Second Treatises menghuraikan teori masyarakat awam. Di samping itu, Locke juga mengembangkan sejumlah tema penting iaitu keadaan alamiah dimana individu tidak bertanggungjawab untuk mematuhi satu sama lain, penaklukan dan perhambaan ,harta, pemerintahan perwakilan dan hak revolusi. Karya ini juga menjelaskan mengenai Liberalisme iaitu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.

Jelas sekali, pandangan-pandangan Locke menggambarkan gagasan pihak penggerak revolusi Amerika seabad sebelum kejadian itu berlangsung. Pengaruhnya atas Thomas Jefferson amatlah mengesankan. Fikiran Locke merasuk ke benua Eropa, khususnya Perancis, merupakan fakta yang mana secara tidak langsung yang mendorong revolusi Perancis dan Deklarasi Hak-hak Asasi Manusia. Meskipun tokoh-tokoh seperti Voltaire dan Thomas Jefferson lebih terkenal daripada Locke, tulisan-tulisannya mendahului mereka dan punya pengaruh kuat terhadap mereka. Karena itu layaklah apabila kedudukan Locke pun disebut lebih dahulu dalam daftar urutan buku ini. (Michael H. Hart, 1978)

    ‘ Letters of Toleration’
Karya ini dihasilkan pada tahun 1689. Selain daripada dua karya di atas, tulisan ini juga merupakan salah satu tulisan beliau yang tepenting. Sehubungan dengan karya beliau mengenai konsel Negara, dalam buku ini beliau menyatakan pandangan beliau mengenai hubugan antara Negara dan agama. Dalam tulisan ini, Locke mengatakan, terdapat pemisahan tegas antara urusan agama dan Negara sebab tujuan masing-masih juga adalah berbeza. 

Menurut beliau juga, Negara tidak boleh menganut agama apapun, dan tidak juga membatasi atau meniadakan sesuatu agama. ( Harun Hadiwijono, 1983).  Tujuan Negara adalah untuk melindungi hak-hak dasar warganya sedangkan tujuan agama berfungsi untuk  menjalankan ibadah kepada tuhan. Dengan itu, agama adalah bersifat peribadi dan tidakbolek dicampuri dengan urusan pentadbiran Negara. Agama juga tidak boleh memutuskan sesuatu yang memutuskan atau menghalangi tujuan Negara.

Locke amat menekankan bahawa negara jangan ikut campur terlampau banyak dalam hal kebebasan menjalankan ibadah menurut kepercayaan agama masing-masing. Locke bukanlah orang pertama yang mengusulkan adanya toleransi agama ini, tetapi argumennya yang kuat yang dilontarkannya, yang berpihak kepada perlunya ada toleransi merupakan faktor utama penilaian terhadap pandangannya. Lebih dari itu, Locke mengembangkan prinsip toleransinya kepada golongan non-Kristen.

Locke juga berpendapat, tidak ada toleransi dalam ateis. Melihat kepada konteks kini dia boleh dikatakan amat terbuka, tetapi rasional dengan memandang kepada pengalaman-pengalama di zamannya. Melalui tulisan-tulisan mengenainya, apa yang dapat disimpulkan adalah alasan-alasan yang dikemukakan John locke demi terciptanya toleransi agama lebih meyakinkan pembacan dari pengecualian-pengecualian yang dibuatnya. Kesimpulannya, idea-idea beliau menjadi satu dasar.



Rujukan
Roger Woolhouse. 2007. Locke A Biography. New York: Cambridge University Press

R.S Woolhouse. 1971. Locke’s Philosophy of Science and Knowledge. Britain: Basic Blackwell

E.W.F Tomlin. 1968. The Western Philosophers; an Introduction. London: Hutchinson & Co. LTD

Richard Aschcraft. 1991. John Locke Critical Assesment. London: Routledge

Stuart Brown.1996. British Philosophy and the Age of Enlightenment. London: Routledge. Chapter 3. Locke: Knowledge and its limits

Etienne Bonnot De Condillac .1756 . An Essay on the Origin Of Human Knowledge Gainesville, Florida: Scholar’s Facsimiles & Reprints

Yahya Jusoh, Azhar Muhammad. 2012. Falsafah Ilmu dalam Al-Quran Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi. Malaysia: Penerbit UTM Press

Konstatin Kolenda. 1974. Philosophy’s Journey: A Historical Introduction. United State: Waveland Press

Ahmad Sunawari Long. 2006. Sejarah Falsafah. Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.