Sunday, 29 December 2013
Saturday, 30 November 2013
SAHABAT DUNIA AKHIRAT,,,AMIN..
Pagi hari isnin ni tiba-tiba rasa nak tulis note ni.Aku rindu
sangat-sangat pada seorang sahabat ni..Tak tahu lah,tiba-tiba ja
teringat kat dia.Mungkin sebab malam tadi jalan-jalan cari makan dengan
mak dan abah.Sambil-sambil duduk dalam kereta,berangan sekejap nak pergi
jordan.Dari situ lah aku teringat sahabat ni sebabnya dia dah ada di
perantauan sekarang...mimpi apa la aku ni.Berangan ja lebih.
Sahabat ku ni seorang yang peramah,lemah lembut,sopan sangat bila dengan orang yang lebih tua daripada dia.tak pernah la aku jumpa sahabat yang setabah dia ni.Ingat lagi kenangan kami waktu smka slim dulu..pergi mana pun selalunya sekali.pergi makan tak payah cakap,,memang seiringing dan sejalan..:)setiap kali minum petang dan makan malam,muka kami ni la yang mula-mula terpacak dekat dewan makan asrama..Muslimat yang lain kebanyakannya jarang makan..diet la kot.tak apa la.masing-masing punya pilihan.Alang-alang dah disediakan makanan,lebih baik makan daripada membazir la katakan.Nasib baik lah mak cik dan pak cik dewan makan tak kenal muka kami ni..tak ada rasa malu bab makan ni.Baki-baki makanan kami ambil bawa ballik asrama...
Ingat pulak suatu hari ni,aku dan sahabat ni dipanggil oleh senior....lelaki~haaa..mana tak takutnya.Berdebar jugak rasanya.Kami ada buat salah apa sampai dipanggil mengejut macam ni.Jangan nak kena marah sudah..Bagi hadiah ka,coklat ka ok jugak..pikir macam budak2.asalkan pikir positif..Rupa-rupanya,kami dilantik jd exco satu organisasi ni.Organisasi apa tak perlu la kot nak cerita.Mana tak terkejut nya kami.Mahu sakit jantung diberi tugas berat tu.Tak sanggup rasanya.Tapi sahabat aku ni cekal dan redha ja orang nya.Dia seorang yang berani berhadapan dengan orang.Aku lain sikit dari sahabat,terketar lutut buatnya berdiri depan orang.Tapi mungkin jadi latihan bagi aku.Sahabat aku ni la yang tak putus-putus bagi semangat dan sentiasa membantu..Waktu spm,berlaku satu konflik di asrama..Aku tertekan dan sahabat aku ni la yang tenangkan dan pertahankan aku.Terima kasih sahabat.Rasanya kalau tak ada sahabat ni,alamatnya tak ambil periksa la aku.
Sahabat aku ni excellent student di sekolah dulu..semua guru sayangkan dia.Mana taknya,setiap kali periksa dapat result terbaik.Jauh beza bagai langit dan bumi kita ni ya, sahabat..Tapi sahabat aku ni x pernah abaikan dan lupakan kawan.Dia selalu bertanya kepadaku sekiranya aku hadapi masalah dalam pelajaran.Setiap kali sebelum periksa,kami belajar sekali dan aku ni jenis banyak bertanya..kasihan sahabat,mesti penat nak menjawab segala soalan yang adakalanya tak masuk akal..:).Segala rahsia ku di tangan sahabat baik ku dan dia akan menegur kesalahan yang aku buat dengan cara yang amat menyenangkan.Teringat pula waktu awal2 tahun,aku selalu dapat result x memuaskan sampai menangis teresak-esak.Buat malu ja dengan orang.nak buat macam mana,dah sedih,x dapat aku nak kawal..dia la juga yang memujuk..macam budak-budak pulak time tu.Terima kasih sahabat kerana sudi berkongsi suka duka bersama.
Namun,di sebalik ketenangan yang ada padanya,ada duka yang menimpa sahabatku tatkala dia diuji dengan ujian yang agak berat.Kejadian ini berlaku ketika kami menghadapi peperiksaan percubaan spm.Pada suatu malam,kami mengulangkaji pelajaran di bilik sebelah bilik prep..Tak ingat subjek math atau add math..Tiba-tiba hadir seorang perempuan datang untuk bertemu dengan sahabatku.Dia adalah sepupu kepada sahabatku.Kami hanya menyambut mereka seperti biasa..namun aku berasa pelik dan tidak sedap hati.Aku melihat sepupunya berdiri kaku tanpa berbicara apa-apa.tiba-tiba sepupunya menangis..Sahabatku memaksa supaya memberitahu apa yang sebenarnya berlaku..Warden datang dan menenangkan sahabatku ni.Rupa-rupanya,bapa kepada sahabatku telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya selepas pulang dari solat asar.Aku terkedu mendengar apa yang diceritakan dan terus menyambut sahabatku yang pada masa itu lemah dan tidak berdaya untuk berdiri..Aku mengemaskan bajunya di atas sementara dia ditenangkan oleh warden dan sepupunya.Aku tahu sahabat,engkau tidak mampu lagi untuk menerima kenyataan pada waktu itu..Tetapi aku tahu,engkau seorang yang cekal dan tabah mengharungi segala ujian yang datang..Bersabarlah wahai sahabat,Allah amat menyayangi dirimu dan Dia ingin menguji tahap kesabaranmu..Aku cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kesedihan mu wahai sahabat.
Walaupun ujian bertalu-talu menimpa diri sahabat ku ni,dia tetap mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan spm..hampir-hampir straight a..Sungguh!Engkau sentiasa cekal dan tidak pernah berputus asa..Tahniah sahabat ku.Sekarang,engkau sudahpun berada di jordan.Aku?hmm..yang dah lepas tu biarlah..Tak ada rezeki nak dapat result macam sahabat..tapi aku puas hati sebab dapat belajar dengan sahabat yang top di sekolah..Mungkin usaha tak cukup..Tak apa la,cuba untuk stp ni..:).Ingat lagi beberapa hari sebelum pergi ke jordan,kami keluar ke pekan beli barang bersama..Mak dan kakak dia pun datang sekali..Mak sahabat aku tu dah macam mak aku sendiri..Itu lah kali terakhir aku bertemu dengan sahabat.Kenangan manis tu tak akan aku lupakan.
"Duhai teman sejatiku...
Buatmu,cebisan istimewa ini kunukilkan
Tanda persahabatan berpintal iman
Lantaran tak dapat ku sembunyikan
Apa yang melingkar di hati
Kasihku padamu tidak terperi
Terhampar luas tak bertepi.
Disaat gersang jiwaku
Kau sirami muhasabah
Di saat tandus amalku
Kau subuakan qudwah
Di saat gugur semangatku
Kau bajai quwwah.
Tika air mataku berguguran
Kau turut kepiluan
Tika senyumku tak lekang
Kau ceria berpanjangan
Tika kesedihan bertamu
Kau hiburkan semampumu.
Tika lemah menyapa
Kau ingatkan janji-Nya
Tika kejayaan ku tercipta
Kau doakan redhaNya bersama"
Terima kasih menjadi sahabat ku..Ukhwah fillah abadan abada.semoga kita bertemu di syurga.insyaAllah :')Ingat ku dalam doa mu~Doaku juga sentiasa mengiringimu~ :) Jangan lupakan nur farah hanim ni ya :')

SAHABATKU DALAM SEPI~~
SAHABATKU DALAM SEPI~
Untuk yang terbaik
Sahabat-sahabatku dimanapun berteduh
Rasa rindu selalu datang
Kadang tiba-tiba
Kadang tak terduga
Seolah bak lumpur lapindo yang datang
Namun apapun adanya kuberharap
Kau selalu hadirkan senyum dan harapan dalam hidupmu
Menjadi lebih baik dalam menuai kehidupan membangun keluarga
Menjadi lebih berguna bagi orang-orang disekitarmu
Kerana apalah Erti bahagia bila hanya kau seorang diri yang mampu menikmatinya
Akhirnya
Diantara kerikil kehidupan
Dilubuk hatiku yang paling dalam
Disela-sela kesibukan dan pautan jarak
Bahkan himpitan waktu,derasnya peluh
Maka kata demi kata ku rangkai menjadi kalimat yang hangat
Untuk cuba sejenak menyapamu
Sahabatku
Tak pernah bertemu bukan bererti melupakan
Suatu saat kau pun akan merasa
Bahwa sahabat adalah harta yg membahagiakan disaat kau mampu nikmati hidup bersamanya
Ingatlah!
Rasa sepi pun bisa sirna karena seorang sahabat
Hari-hari menjadi sangat menyenangkan juga karena sahabat
Segala senda gurau,ejekan kadang terasa rindu tuk dikenang
Bahkan rasa cinta pun bisa datang dan pergi
Rela tak harus terpaut dalam satu ikatan
Sejujurnya
Bila kau masih merasa mencintai sahabat-sahabatmu
Ingin membagi doa,idea,cerita,kenangan,pengalaman maupun empati
Atau sekadar memberikan simpul senyum bagi sahabatmu yang lain...ucapkanlah~

Monday, 21 October 2013
JOHN LOCKE
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah atas kurnia
taufiqnya. Selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
penunjuk ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Juga kepada keluarga, sahabat
serta mereka yang mengikut jejak langkahnya sehingga hari akhirat kelak .Falsafah
merupakan suatu bidang ilmu yang tidak asing lagi pada zaman ini. Perkataan
falsafah berasal daripada bahasa Yunani, philosophia bermaksud hasil
kecintaan kepada kebijaksanaan atau ilmu kecintaan kebenaran, atau ilmu
kecintaan hikmah. (Sahaharir, 2000)
Apabila
kita mengatakan tentang falsafah, pasti yang terbayang di fikiran adalah para
cendekiawan yang berada di sebalik sebuah teori dan falsafah itu. Sebut sahaja
Aristotle, Plato, Socrates, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan ramai lagi adalah nama-nama
besar yang tidak asing dalam dunia falsafah.
Antara salah satu
doktrin Falsafah yang terkenal adalah teori Empirisme. Empirisme adalah suatu
aliran dalam falsafah yang mengatakan bahawa semua pengetahuan berasal dari
pengalaman manusia. Empirisme menolak anggapan bahawa manusia telah membawa
fitrah pengetahuan dalam dirinya ketika dilahirkan. Teori Empirisme lahir di barat
dengan tiga tokoh utama iaitu, David
Hume, George Berkeley dan John Lock.
Kertas kerja ini, adalah kajian
biografi mengenai salah seorang pemikir disebalik teori Empirisme, iaitu John
Locke. Perkara yang akan dikupas adalah dari sudut latar belakang beliau,
pendidikan, perjalanan hidup dan teori-teori yang digagaskan beliau.
Akhir sekali, penghargaan ini
ditujukan kepada pensyarah kami, Prof. Ahmad Sunawari Long, atas sumbangan ilmu dan bimbingan sepanjang modul ini. Semoga usaha ini
diredhai Allah Ta’ala dan semoga tugas kajian ini mampu dijadikan sebagai wadah
perbincangan ilmiah dengan lebih mendalam lagi di masa hadapan. Insya Allah.
LATAR BELAKANG KEHIDUPAN JOHN
LOCKE
John Locke dilahirkan di Wrington , sebuah
perkampungan di utara Somersetshire , pada 29 Ogos 1632. Keluarga beliau
tinggal berhampiran kampung Pensford , di paroki Publow , kira-kira enam
kilometer dari Bristol. John Locke merupakan seorang ahli falsafah barat yang
namanya terkenal dengan pendekatan empirisme yang digagaskan beliau. John Locke
bersahabat baik dengan Isaac Newton, dan Locke dipandang sebagai idola
terpenting semasa era Pencerahan.
Locke adalah antara dua ratus lima
puluh kanak-kanak lelaki yang belajar di Westminster. Empat puluh orang
daripadanya merupakan King’s Scholars
(nama yang disimpan oleh guru besar pendukung raja ) yang terdapat dalam
perlembagaan sekolah. Selebihnya adalah “oppidens"
iaitu anak-anak tempatan bermastautin , yang tinggal di rumah, atau pesara yang
mendiami di rumah induk atau ahli Westminster Abbey Chapter.
Dalam tahun-tahun di Westminster, Locke telah
didedahkan kepada kurikulum yang merangkumi bahasa Latin, Greek, Hebrew, Arab
dan lebih dikhususkan dalam bidang Geografi , geometri dan aritmetik. Ini lepas
telah diajar melalui bahasa Latin, yang dia belajar untuk menyebut walaupun ia
adalah Bahasa Inggeris.Hal ini membawa
kepada masalah apabila berbual dalam bahasa Latin dengan warga asing.
Pada tahun 1650 Locke dianggap
sesuai untuk memasuki "cabaran " pertandingan untuk pemilihan ke King’s Scholarship iaitu biasiswa
diraja, dan ia satu prosedur yang memerlukan pengetahuan Latin dan tatabahasa,
serta keupayaan untuk memahami prosa atau komposisi ayat.Di samping itu,
terdapat juga unsur-unsur lain dalam pendidikan di Westminster. Beliau pakar
dalam komposisi pada tema dan ayat-ayat
dalam bahasa Latin. John Locke berpendapat
bahawa kanak-kanak lelaki perlu belajar untuk bercakap dengan baik dan
lancar dalam pelbagai topik.
Pada tahun 1652, Locke mendapat biasiswa untuk
menyambung pelajaran di Gereja Kristus (Christ
Church),Oxford dan tinggal di sana sejak bulan Mei 1652.Christ Church adalah
seperti kolej-kolej lain dan ia terkandung
kedua-dua gereja dan kolej. Ia telah ditadbir
oleh Deen, Sub Deen, dan pegawai-pegawai mereka.Locke dimasukkan ke Christ
Church bersama-sama dengan empat
puluh atau lebih mahasiswa
lain. (Roger Woolhouse:2007)..
Menurut Sir
Frederic Pollock , John Locke meminati bidang perubatan sebagaimana yang
tertulis dalam catatan peribadi beliau pada akhir 1650-an. Locke membuat banyak
catatan mengenai kesihatan dan perubatan.Beliau menjadi pembantu kepada
kawannya iaitu David Thomas , yang sedang menjalani praktikal sebagai
doktor di Oxford. Melalui minatnya dalam
bidang perubatan,Locke telah mula meminati falsafah alam sejak tahun 1658.Pada
awal tahun 1660,Locke berjumpa dengan Robert Boyl yang merupakan ahli kimia
yang paling berani dan paling Berjaya dan Boyle telah banyak mempengaruhi
minatnya.
Perhatian Locke terhadap politik muncul ketika situasi
politik di barat yang sedang bergejolak. Cromwell , yang pada waktu itu telah
mengubah sistem politik barat telah meninggal pada tahun 1658 sehingga terjadi
perubahan lagi di bawah pemerintahan Raja Charles II yang mengkehendaki
pemerintahan menguasai Negara dan gereja barat. Locke pada waktu itu memegang
pemerintahan Charles II. Pada bulan November hingga Disember 1660, beliu
membuat satu karangan singkat untuk menanggapi pandangan Edward Bagshaw,yang
menegaskan perlunya hakim sivil dalam menetukan bentuk-bentuk ibadah keagamaan.
Pandangan-pandangan beliau dapat dibaca melalui karya beliau yang berjudul
‘Letters of Toleration’.
Pada bulan Jun 1700 , Locke menjalani
sisa kehidupannya selama 4 tahun dengan tenang dan tidak terlalu sering
mengunjungi Lodon. Meskipun demikian , Locke masih mengarang buku antaranya
yang berjudul “Paraphrase and Notes on
the Epistles of St Paul.” Karya ini menyatakan kedalaman karakter keagamaan
dari pemikiran Locke. Tahap kesihatan Locke semakin menurun dalam tahun-tahun
terakhir kehidupannya dan beliau juga menderita penyakit asma. Kunjungan
terakhirnya ke London pada bulan Januari 1698 kerana dipanggil pleh raja William
III membuatkan kesihatan beliau semakin buruk. Beliau kemudian menghembuskan
nafasnya yang terakhir pada 28 Oktober 1704.
TEORI DAN FALSAFAH JOHN LOCKE
Teori Empirisme
Menurut John Lock, seluruh
pengetahuan bersumber daripada pengalaman manusia. Pandangan ini dapat digambar
dengan gambaran empirisme yang mana ianya menolak pendapat kaum rasional yang
mengatakan sumber pengetahuan manusia yang terutama berasal dari rasio atau
fikiran manusia itu sendiri. Meskipun demikian, rasio dan fikiran juga memainkan
peranan penting dalam menghasilkan pengetahuan. Dengan demikian, Locke
berpendapat bahawa fikiran dan rasio sesorang itu masih belum berfungsi selagi
ia belum melalui sebuah pengalaman.
Situasi tersebut diibaratkan
Locke seperti sebuah kertas putih (tabula rasa) yang kemudian mendapatkan isinya
dari pengalaman yang dijalani oleh manusia itu. Rasio manusia hanya berfungsi
untuk mengolah pengalaman-pengalaman manusia menjadi pengetahuan sehingga
sumber utama pengetahuan menurut Locke adalah pengalaman.
Thinking is impossible
without some objects of thought. Indeed, Locke’s view of the human mind is that
at birth it is a Tabula rasa, a blank tablet on which nothing as yet has
been written. To illustrate further, Locke says: “ The understanding is not
much unlike a closet wholly shut from light, with only some little openings” (
Konstantin Kolenda: 1974)
Locke mengatakan ada dua
macam pengalaman manusia, yaitu pengalaman lahiriah (sense atau external
sensation) dan pengalaman batiniah (internal sense atau reflection). Pengalaman
lahiriah adalah pengalaman yang menangkap aktiviti indera yaitu segala aktiviti
material yang berhubungan dengan pancaindra manusia. Kemudian pengalaman
batiniah terjadi ketika manusia memiliki kesadaran terhadap aktivitinya sendiri
dengan cara mengingat, menghendaki, menyakini, dan sebagainya. Kedua bentuk
pengalaman manusia inilah yang akan membentuk pengetahuan melalui proses
selanjutnya.
Teori
Liberalisme
Locke adalah
penentang gigih monarki absolut di negaranya. Dia beranggapan bahawa pembatasan-pembatasan kekuasaan politik
sepenuhnya bersifat sekular. Menurut Locke juga, manusia dilahirkan sedarjat,
tidak ada manusia ketika dilahirkan ke dunia, lebih dari manusia lain. Tuhan
memberikan kemampuan nalar, kesamaan keuntungan-keuntungan alamiah, kekuasaan
dan juridikasi.
Perkara ini
dapat dilihat daripada kenyataan beliau dalam karyanya ‘An Essay Concerning
The True Original, Extent and End of Civil Government’; “A state also of
equality, wherein all the power and jurisdiction is reciprocal, no one having
more than another; there being nothing more evident that that creatures of the
same species and rank, promiscuously born to all the same advantages of nature,
and the use of the same faculties, should also be equal one amongst another
without subordinate or subjection, unless the Lord and Master of them all
should by any manifest declaration of His will set one above another, and
confer on him by an evident and clear appointment an undoubted right to
dominion and sovereignty ”( The great
Philosophers, John Locke)
Menurut Locke
lagi, asal usul pemerintahan adalah satu keadaan alamiah. Keadaan alamiah
merujuk kepada keadaan diamana manusia hidup dalam kedamaian, kebajikan, saling
melindungi, penuh kebebasan, tak ada rasa takut dan penuh kesetaraan. Namun
keadaan alamiah yang penuh damai itu berubah setelah manusia menemukan sistem kekuasaan
dan wang. Penemuan itu menyebabkan terjadinya proses akumulasi kapital dan
pembenaran atas hak-hak pemilikan. Hal inilah yang disebutkan Locke sebagai
sumber malapetaka.
KARYA-KARYA JOHN LOCKE
Jika
dikaji, karya-karya John Locke bukan sahaja tertumpu kepada perbahasan
falsafah, tetapi juga tentang pendidikan, ekonomi, teologi dan perubatan. Bagaimanapun,
terdapat beberapa buah karyanya yang menjadi tumpuan utama dan yang terpenting
dalam sejarah hidup beliau. Antaranya;
‘ Essay Concerning Human
Understanding’
Dikatakan juga, bahawa melalui karya inilah yang membuatkan beliau
menjadi masyhur. Buku ini mempersoalkan mengenai asal usul, hakikat dan
keterbatasan pengetahuan manusia. Teori beliau mengenai ‘Tabula rasa’ adalah
yang pertama kali diperkenalkan melaui karya ini. Buku ini juga dikatakan
sebagai sumber utama pemikiran Empirisme yang mana ianya telah berhasil
mempengaruhi tokoh-tokoh besar falsafah yang lain seperti David Hume dan George
Berkeley, dan Immanuel Kant.
Buku ini diterbitkan
pada tahun 1689 yang isinya dikatakan menjadi dasar penting pada demokrasi
liberal. Buku ini menyatakankan pandangan-pandangan Locke mengenai hak-hak
manusia dan pemerintah. Ia menjelaskan pandangannya itu dengan menganalisis
perkembangan masyarakat ketika itu. Locke menyatakan keyakinan beliau bahwa
setiap manusia memiliki hak alamiah dan juga kebebasan pribadi dan hak atas
pemilikan sesuatu. Tugas utama pemerintah adalah melindungi penduduk dan hak
milik warga negara.
Ulasan ini dapat disimpulkan melalui kenyataan
beliau yang dapat dilihat melalui buku ‘The Great Philosopher’ : A state also of equality, wherein all the
power and jurisdiction is reciprocal, no one having more than another, there
being nothing more evident than that creatures of the same species and rank,
promiscuously born to all the same advantages of nature, and the use of the
same faculties, should also be equal one amongs another without subordination
or subjection, unless the Lord and Master of them all should by any manifest
declaration of His will set one above another, and confer on him by an evident
and clear appointment an undoubted right to dominion and sovereignty. ( John
Locke, The Great Philosophers Vol 1 Politcal Philosohper)
Sebelum Locke menulis
buku ini,kehidupan politik Inggeris dan Prancis
abad XVII didominasi oleh wacana
doktrin morki mutlak. Dalam konteks sejarah barat, kewujudan
doktrin monarki mutlak itu merupakan penyebab terhadap kekacauan sosial politik
akibat perang saudara dan perang-perang agama yang terjadi pada saat itu. Monarki mutlak
didasarkan pada kepercayaan bahawa kekuasaan mutlak raja bersifat ilahiah. Beliau menganggap
tuhanlah yang telah menganugerahkan kekuasaan itu kepada seorang raja. Kepercayaan ini
kemudian terkenal dengan sebutan hak-hak ketuhanan raja.
Men
are not born free and therefore could never have the liberty to choose either
Governors or Forms of Government.Prince have their Power Absolute and by Devine
Right for Slave could never have a Right to Compact or Concern. Adam was an
absolute monarch and so are all princes ever since. (Peter Laslett 1970)
Pandangan ini dilandasi oleh pemikiran bahawa
monarki mutlak merupakan bentuk pemerintahan paling sesuai dengan kudrat hukum
alam kerana tiga sebab. Pertama,monarki mutlak berakar pada tradisi pihak
berkuasa paternal. Kedua, sistem pemerintahan monarki mutlak merupakan cermin
kekuasaan tunggal Tuhan atas segalaCivil society
yang diyakininya.Dari sinilah terjadinya permusuhan intelektual Locke dan Sir
Robert Filmer , iaitu penyokong utama fahaman utlak kekuasaan monarki Eropah
abad XVII yang dicurahkan dalam karyanya Patriarcha.
Two
Treatises ini dibahagi menjadi First
Treatises dan Second Treatises. The
First Treatise difokuskan pada sanggahan dari Sir Robert Filmer, khususnya Patriarcha , yang berpendapat bahawa
masyarakat awam ditubuhkan mengikut hak-hak ketuhanan raja. Second Treatises menghuraikan teori
masyarakat awam. Di samping itu, Locke juga mengembangkan sejumlah tema penting
iaitu keadaan alamiah dimana individu tidak bertanggungjawab untuk mematuhi
satu sama lain, penaklukan dan perhambaan ,harta, pemerintahan perwakilan dan
hak revolusi. Karya ini juga menjelaskan mengenai Liberalisme iaitu
falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.
Jelas sekali, pandangan-pandangan
Locke menggambarkan gagasan pihak penggerak revolusi Amerika seabad sebelum
kejadian itu berlangsung. Pengaruhnya atas Thomas Jefferson amatlah
mengesankan. Fikiran Locke merasuk ke benua Eropa, khususnya Perancis,
merupakan fakta yang mana secara tidak langsung yang mendorong revolusi
Perancis dan Deklarasi Hak-hak Asasi Manusia. Meskipun tokoh-tokoh seperti
Voltaire dan Thomas Jefferson lebih terkenal daripada Locke, tulisan-tulisannya
mendahului mereka dan punya pengaruh kuat terhadap mereka. Karena itu layaklah
apabila kedudukan Locke pun disebut lebih dahulu dalam daftar urutan buku ini.
(Michael H. Hart, 1978)
‘ Letters of Toleration’
Karya
ini dihasilkan pada tahun 1689. Selain daripada dua karya di atas, tulisan ini
juga merupakan salah satu tulisan beliau yang tepenting. Sehubungan dengan
karya beliau mengenai konsel Negara, dalam buku ini beliau menyatakan pandangan
beliau mengenai hubugan antara Negara dan agama. Dalam tulisan ini, Locke
mengatakan, terdapat pemisahan tegas antara urusan agama dan Negara sebab
tujuan masing-masih juga adalah berbeza.
Menurut
beliau juga, Negara tidak boleh menganut agama apapun, dan tidak juga membatasi
atau meniadakan sesuatu agama. ( Harun Hadiwijono, 1983). Tujuan Negara adalah untuk melindungi hak-hak
dasar warganya sedangkan tujuan agama berfungsi untuk menjalankan ibadah kepada tuhan. Dengan itu,
agama adalah bersifat peribadi dan tidakbolek dicampuri dengan urusan
pentadbiran Negara. Agama juga tidak boleh memutuskan sesuatu yang memutuskan
atau menghalangi tujuan Negara.
Locke amat menekankan bahawa
negara jangan ikut campur terlampau banyak dalam hal kebebasan menjalankan
ibadah menurut kepercayaan agama masing-masing. Locke bukanlah orang pertama
yang mengusulkan adanya toleransi agama ini, tetapi argumennya yang kuat yang
dilontarkannya, yang berpihak kepada perlunya ada toleransi merupakan faktor
utama penilaian terhadap pandangannya. Lebih dari itu, Locke mengembangkan
prinsip toleransinya kepada golongan non-Kristen.
Locke juga berpendapat,
tidak ada toleransi dalam ateis. Melihat kepada konteks kini dia boleh dikatakan
amat terbuka, tetapi rasional dengan memandang kepada pengalaman-pengalama di zamannya.
Melalui tulisan-tulisan mengenainya, apa yang dapat disimpulkan adalah
alasan-alasan yang dikemukakan John locke demi terciptanya toleransi agama
lebih meyakinkan pembacan dari pengecualian-pengecualian yang dibuatnya.
Kesimpulannya, idea-idea beliau menjadi satu dasar.
Rujukan
Roger
Woolhouse. 2007. Locke A Biography. New York: Cambridge University Press
R.S Woolhouse.
1971. Locke’s Philosophy of Science and Knowledge. Britain: Basic
Blackwell
E.W.F Tomlin. 1968. The Western Philosophers; an Introduction.
London: Hutchinson
& Co. LTD
Richard Aschcraft. 1991. John Locke Critical
Assesment. London: Routledge
Stuart Brown.1996. British Philosophy and the Age
of Enlightenment. London: Routledge.
Chapter 3. Locke: Knowledge and its limits
Etienne Bonnot De Condillac .1756 . An Essay on the
Origin Of Human Knowledge Gainesville, Florida: Scholar’s Facsimiles &
Reprints
Yahya Jusoh,
Azhar Muhammad. 2012. Falsafah Ilmu dalam Al-Quran Ontologi, Epistemologi,
dan Aksiologi. Malaysia: Penerbit UTM Press
Konstatin
Kolenda. 1974. Philosophy’s Journey: A Historical Introduction. United
State: Waveland Press
Ahmad Sunawari
Long. 2006. Sejarah Falsafah. Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Monday, 7 October 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)