Pagi hari isnin ni tiba-tiba rasa nak tulis note ni.Aku rindu
sangat-sangat pada seorang sahabat ni..Tak tahu lah,tiba-tiba ja
teringat kat dia.Mungkin sebab malam tadi jalan-jalan cari makan dengan
mak dan abah.Sambil-sambil duduk dalam kereta,berangan sekejap nak pergi
jordan.Dari situ lah aku teringat sahabat ni sebabnya dia dah ada di
perantauan sekarang...mimpi apa la aku ni.Berangan ja lebih.
Sahabat ku ni seorang yang peramah,lemah lembut,sopan sangat bila
dengan orang yang lebih tua daripada dia.tak pernah la aku jumpa sahabat
yang setabah dia ni.Ingat lagi kenangan kami waktu smka slim
dulu..pergi mana pun selalunya sekali.pergi makan tak payah
cakap,,memang seiringing dan sejalan..:)setiap kali minum petang
dan makan malam,muka kami ni la yang mula-mula terpacak dekat dewan
makan asrama..Muslimat yang lain kebanyakannya jarang makan..diet la
kot.tak apa la.masing-masing punya pilihan.Alang-alang dah disediakan
makanan,lebih baik makan daripada membazir la katakan.Nasib baik lah mak
cik dan pak cik dewan makan tak kenal muka kami ni..tak ada rasa malu
bab makan ni.Baki-baki makanan kami ambil bawa ballik asrama...
Ingat pulak suatu hari ni,aku dan sahabat ni dipanggil oleh
senior....lelaki~haaa..mana tak takutnya.Berdebar jugak rasanya.Kami ada
buat salah apa sampai dipanggil mengejut macam ni.Jangan nak kena marah
sudah..Bagi hadiah ka,coklat ka ok jugak..pikir macam budak2.asalkan
pikir positif..Rupa-rupanya,kami dilantik jd exco satu organisasi
ni.Organisasi apa tak perlu la kot nak cerita.Mana tak terkejut nya
kami.Mahu sakit jantung diberi tugas berat tu.Tak sanggup rasanya.Tapi
sahabat aku ni cekal dan redha ja orang nya.Dia seorang yang berani
berhadapan dengan orang.Aku lain sikit dari sahabat,terketar lutut
buatnya berdiri depan orang.Tapi mungkin jadi latihan bagi aku.Sahabat
aku ni la yang tak putus-putus bagi semangat dan sentiasa
membantu..Waktu spm,berlaku satu konflik di asrama..Aku tertekan dan
sahabat aku ni la yang tenangkan dan pertahankan aku.Terima kasih
sahabat.Rasanya kalau tak ada sahabat ni,alamatnya tak ambil periksa la
aku.
Sahabat aku ni excellent student di sekolah
dulu..semua guru sayangkan dia.Mana taknya,setiap kali periksa dapat
result terbaik.Jauh beza bagai langit dan bumi kita ni ya, sahabat..Tapi
sahabat aku ni x pernah abaikan dan lupakan kawan.Dia selalu bertanya
kepadaku sekiranya aku hadapi masalah dalam pelajaran.Setiap kali
sebelum periksa,kami belajar sekali dan aku ni jenis banyak
bertanya..kasihan sahabat,mesti penat nak menjawab segala soalan yang
adakalanya tak masuk akal..:).Segala rahsia ku di tangan sahabat baik ku
dan dia akan menegur kesalahan yang aku buat dengan cara yang amat
menyenangkan.Teringat pula waktu awal2 tahun,aku selalu dapat result x
memuaskan sampai menangis teresak-esak.Buat malu ja dengan orang.nak
buat macam mana,dah sedih,x dapat aku nak kawal..dia la juga yang
memujuk..macam budak-budak pulak time tu.Terima kasih sahabat kerana
sudi berkongsi suka duka bersama.
Namun,di sebalik
ketenangan yang ada padanya,ada duka yang menimpa sahabatku tatkala
dia diuji dengan ujian yang agak berat.Kejadian ini berlaku ketika kami
menghadapi peperiksaan percubaan spm.Pada suatu malam,kami mengulangkaji
pelajaran di bilik sebelah bilik prep..Tak ingat subjek math atau add
math..Tiba-tiba hadir seorang perempuan datang untuk bertemu dengan
sahabatku.Dia adalah sepupu kepada sahabatku.Kami hanya menyambut mereka
seperti biasa..namun aku berasa pelik dan tidak sedap hati.Aku melihat
sepupunya berdiri kaku tanpa berbicara apa-apa.tiba-tiba sepupunya
menangis..Sahabatku memaksa supaya memberitahu apa yang sebenarnya
berlaku..Warden datang dan menenangkan sahabatku ni.Rupa-rupanya,bapa
kepada sahabatku telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan
raya selepas pulang dari solat asar.Aku terkedu mendengar apa yang
diceritakan dan terus menyambut sahabatku yang pada masa itu lemah dan
tidak berdaya untuk berdiri..Aku mengemaskan bajunya di atas sementara
dia ditenangkan oleh warden dan sepupunya.Aku tahu sahabat,engkau tidak
mampu lagi untuk menerima kenyataan pada waktu itu..Tetapi aku
tahu,engkau seorang yang cekal dan tabah mengharungi segala ujian yang
datang..Bersabarlah wahai sahabat,Allah amat menyayangi dirimu dan Dia
ingin menguji tahap kesabaranmu..Aku cuba sedaya upaya untuk
mengurangkan kesedihan mu wahai sahabat.
Walaupun
ujian bertalu-talu menimpa diri sahabat ku ni,dia tetap mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan spm..hampir-hampir
straight a..Sungguh!Engkau sentiasa cekal dan tidak pernah berputus
asa..Tahniah sahabat ku.Sekarang,engkau sudahpun berada di
jordan.Aku?hmm..yang dah lepas tu biarlah..Tak ada rezeki nak dapat
result macam sahabat..tapi aku puas hati sebab dapat belajar dengan
sahabat yang top di sekolah..Mungkin usaha tak cukup..Tak apa la,cuba
untuk stp ni..:).Ingat lagi beberapa hari sebelum pergi ke jordan,kami
keluar ke pekan beli barang bersama..Mak dan kakak dia pun datang
sekali..Mak sahabat aku tu dah macam mak aku sendiri..Itu lah kali
terakhir aku bertemu dengan sahabat.Kenangan manis tu tak akan aku
lupakan.
"Duhai teman sejatiku...
Buatmu,cebisan istimewa ini kunukilkan
Tanda persahabatan berpintal iman
Lantaran tak dapat ku sembunyikan
Apa yang melingkar di hati
Kasihku padamu tidak terperi
Terhampar luas tak bertepi.
Disaat gersang jiwaku
Kau sirami muhasabah
Di saat tandus amalku
Kau subuakan qudwah
Di saat gugur semangatku
Kau bajai quwwah.
Tika air mataku berguguran
Kau turut kepiluan
Tika senyumku tak lekang
Kau ceria berpanjangan
Tika kesedihan bertamu
Kau hiburkan semampumu.
Tika lemah menyapa
Kau ingatkan janji-Nya
Tika kejayaan ku tercipta
Kau doakan redhaNya bersama"
Terima
kasih menjadi sahabat ku..Ukhwah fillah abadan abada.semoga kita
bertemu di syurga.insyaAllah :')Ingat ku dalam doa mu~Doaku juga
sentiasa mengiringimu~ :) Jangan lupakan nur farah hanim ni ya :')
No comments:
Post a Comment